Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kalau Duduk Rumah Anak Yatim, Saya Boleh Sekolah Balik Tak," Kisah Yatim Piatu Bernama Farhan Ini Buat Ramai Sebak

Ditulis oleh seventeen century, 23 Apr 2018

23 April - Kalau ikut lirik lagu Sudirman, 'tidak ku pinta lahir ke dunia' begitulah gambaran jalan yang penuh berliku yang diharungi seorang remaja berusia 16 tahun, Mohd Farhan Aliff Bin Rosle.

Menjadi anak yatim piatu seawal usia 14 tahun, Mohd Farhan masih tabah dan kuat untuk mengharungi hari-hari mendatang yang masih lagi panjang. 

Ketika ramaja-lain sedang seronok menikmati kehidupan sebagai seorang remaja yang mendapat sentuhan kasih sayang ibu bapa dan kemewahan harta-benda, Farhan terpaksa bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah stesen keretapi di Sg Petani, Kedah.

Farhan yang menghidap apendiks sebelum emaknya menghembuskan nafas terakhir, terpaksa menjalani pembedahan sehingga tidak dapat menatap wajah emaknya buat kali terakhir kerana masih belum sedarkan diri.

Kisah ini diceritakan oleh Natipah Abu di akaun Facebooknya baru-baru ini. Perkongsian dari Natipah mendapat perhatian dari netizen yang rata-rata menzahirkan rasa simpati atas apa yang dilalui Mohd Farhan sekeluarga.

Berikut adalah kisah penuh dari Natipah Abu. Semoga menjadi pedoman buat kita semua.

ANUGERAH KHAS PENOLONG KANAN .....
Mohd Farhan Aliff Bin Rosle - 16 Thn.
SMK SG LAYAR , SG PETANI, KEDAH.

Jiwanya kosong, sekosong-kosongnya. Kehilangan ayah pada usia 5 tahun , telah merubah jalan hidupnya. Emak yg berniaga kuih dan nasi lemak kecil-kecilan akhirnya jatuh sakit, memaksa dia berhenti sekolah ketika darjah enam.


Di saat rakan-rakan sebaya sedang menikmati keindahan alam remaja di bangku sekolah .. dia sudah bersengkang mata dan menyarung seragam sebagai pengawal keselamatan di KTM Sg Petani. 

Selama lebih setahun. dgn gaji RM 40 sehari. Dia menyara kehidupan. Emak yg diserang stroke tidak mampu lagi bekerja seperti dulu kerana selalu saja tidak sihat.
Suatu hari. Dia dikejarkan ke hospital akibat apendiks dan doktor memutuskan dia harus menjalani pembedahan kecemasan. 

Di masa yg sama. emaknya dimasukkan ke wad kerana masalah kesihatan yg makin meruncing . Emak di wad tingkat atas. Dia di wad tingkat bawah, bangunan yg sama.
4 hari di wad. Akhirnya emak pergi mengadap Illahi . Dalam usianya 14 tahun, dia , abang , kakak dan adik perempuannya pun ternobat yatim piatu.

Lebih menyayat hati, saat emak menghembuskan nafas terakhir dia tiada di sisi kerana tidak sedarkan diri akibat pembedahan kali kedua. 

Bahkan, dia bukan saja tidak sempat menyaksikan perjalanan terakhir emak ke lliang lahad, memberikan kucupan terakhir utk emak pun, tidak sempat kerana dia masih belum sedar ..
Sebaik dia sedar dan dimaklumkan emak telah pergi ... hanya Allah saja yg tahu betapa pilu dan hancurnya hati.

Sejak itu. Saban malam dia menangis di wad. Menangis kesedihan mengenangkan emak yg telah pergi dan menangis menanggung kesakitan akibat pembedahan.
Dia dirujuk kepada Kak Pah ... Kak Pah menziarahi dia di wad. Menceritakan pada dia tentang kehidupan di rumah anak yatim. Hanya satu soalannya.
“ Kalau saya duduk rumah anak yatim, bolehkah saya sekolah semula? Saya nak sekolah .... “ 

Keluar wad. Kakaknya menghubungi Kak Pah .. memaklumkan rumah mereka berteduh sebelum ini sudah dilelong bank.
Kakak, abang dan adik perempuannya memilih utk tinggal bersama saudara mara ... tetapi dia enggan meninggalkan rumah pusaka itu kerana terlalu sedih mengenangkan kenangan arwah emak.

Kak Pah menghubungi dia tp dia memberikan alasan meminta masa barang seketika sehinggalah satu hari Kak Pah mendapat mesej yg sangat pelik dr dia. Penuh kesedihan dan kekecewaan.

Kak Pah dan staff rumah anak yatim bergegas ke rumahnya. Sungguh hiba melihat keadaan dia .. yg sudah terbaring di tilam usang selama seminggu dlm keadaan sakit akibat kesan pembedahan. Tanpa makan minum yg sempurna, mengharapkan ehsan seorang kawan semata yg tinggal di kawasan itu. 

Rumah yg sudah dipotong bekalan air dan letrik itu sudah tidak layak dihuni kerana kotor dan semak. Kata jirannya mereka juga tidak tahu dia ada di dalam rumah itu yg kelihatan sunyi sepi. 

Dia dipapah keluar dr rumah itu sehelai sepinggang dlm deraian air mata ....
Hari ini, dia menerima Anugerah Khas dr pihak sekolah atas tingkah-lakunya terpuji dan jatidirinya yg berusaha utk bangkit semula walau telah dua tahun terkandas dalam persekolahan.

Anugerah ini bukan saja sungguh bermakna buat dia, bahkan buat kami semua warga rumah anak yatim yg selama ini tidak jemu memberikan dia dorongon dan harapan.
Sama-samalah kita doakan, semoga Dik An akan menjadi insan yg berjaya di dunia dan akhirat. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "