Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jumpa Bawang Dicucuk Jarum Dan Kerap Mimpi Pelik, Pasangan Ini Terkejut Rupanya Jadi Mangsa Sihir Pemisah

Ditulis oleh Eddy Hassan, 4 Apr 2018
No Comment

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan kehidupan yang bahagia tanpa ada sebarang masalah. Mahu menimang cahaya mata sebagai penyeri kehidupan berkeluarga.

Namun sebenarnya, kehidupan selepas berumah tangga sebenarnya penuh dengan dugaan. Ada dugaan tidak dikurniakan zuriat, ada juga dugaan hubungan tidak disukai orang dan inilah yang bahayanya.

Bila orang tak suka, berbagai cara digunakan untuk meroksakkan rumah tangga yang dibina. Malah, ada yang sanggup bersekongkol dengan iblis semata-mata mahu memuaskan hati sendiri, misalnya menggunakan santau dan sihir untuk memecah belahkan hubungan orang.

Begitulah seperti kisah yang dikongsikan oleh Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin ini mengenai sepasang suami isteri yang hadir untuk menerima rawatan dan akhirnya terkejut apabila menyedari diri menjadi mangsa sihir manusia lain.

Jom ikuti perkongsian dibawah, semoga ia bermanfaat untuk kita semua.

Gambar di bawah adalah perkongsian dari pesakit saya sendiri dari kuala Lumpur. Beliau datang buat rawatan hari Sabtu minggu lepas.

Beliau datang untuk rawatan Iktiar Hamil pada mulanya. Setelah di ruqyah ternyata si isteri ada gangguan. Rupanya beliau terkena Sihir Pemisah. Beliau tidak sedarkan diri ketika di rawat, semasa tidak sedar beliau menjerit berkata :

"Aku akan buat mereka berdua sampai bercerai dan aku buat mereka sampai bila-bila tiada anak."

Beliau terkena sihir pemisah oleh bekas suaminya yang dahulu. Setiap kali nak bersama suami perasaan jadi rimas, nak marah, gelisah. Suami pula bila nak bersama ada nafsu bila nak teruskan tiba-layu layu tidak bernafsu. Bila berjauhan menjadi rindu sayang, bila berdekatan perkara kecil jadi gaduh besar.

Bila malam si isteri kerap mimpi suami curang, mimpi bermain bayi, mimpi tempat busuk kotor, jatuh tempat tinggi,mimpi binatang berbisa, mimpi terbang, mimpi bersetubuh dengan orang yang tak di kenali,dan macam-macam lagi mimpi yang pelik. Bila siang bahu tengkuk belikat jadi kerap lenguh sakit dan berat, dalam badan banyak angin, kepala kerap sakit, kerap sendawa, kerap kembung perut. Bila dekat dengan suami bila datang perasaan nak marah, tiba-tiba je rasa nak marah.

Begitulah yang terjadi pada pasangan di atas. Bila saya kata mereka terkena sihir pemisah terperanjat mereka. Baru la mereka ingat mereka ada terjumpa bawang di cucuk paku di depan pintu luar rumah bila pagi buka pintu. Mereka sempat amik gambar.

Sebab rasa takut si suami terus buang. Baru la mereka faham selepas rawatan rupanya bawang yang di cucuk paku tersebut berkaitan dengan sihir pemisah yang mereka alami sekarang. Bawah di cucuk tu dengan paku umpama kunci nafsu mereka berdua. Membuatkan mereka suami isteri jadi panas.

Saya doakan agar pasangan di atas cepat sembuh dan cepat di beri rezeki untuk mendapat cahaya mata yang pertama.

Moga di jauhkan juga ia berlaku pada diri kita dan semua family kita Aamiin Ya Allah

Sumber : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli