Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Ia Bukan Urusan Saya, Tapi Tindakan Kamu Memalukan'', Suka Hati Pindah Kelas, Akhirnya Dapat Malu Selepas Ditegur Penumpang Lain

Ditulis oleh Eddy Hassan, 5 Apr 2018

Seorang penumpang wanita dalam penerbangan Air Asia dari Kuala Lumpur ke Hong Kong menanggung malu apabila tindakan sendirinya berpindah dan berbaring di barisan kerusi kelas premium yang kosong memakan diri.

Dalam insiden yang berlaku pada minggu lepas tersebut menjadi tular di media sosial apabila seorang penumpang kelas premium penerbangan yang sama memuat naik di akaun facebooknya.

Dakwanya, penumpang wanita tersebut sebenarnya adalah penumpang kelas biasa tetapi bertindak berpindah ke barisan kerusi kelas premium atas keputusannya sendiri.

Malah, penumpang wanita itu bukan sahaja setakat berpindah tanpa membayar sebarang caj tambahan, dia turut dilihat berbaring di barisan kerusi tersebut yang kosong tanpa rasa bersalah.

Seorang krew kabin kemudian menghampiri wanita tersebut dan cuba menjelaskan bahawa tindakan tersebut salah dan tidak dibenarkan walaipun kerusi tersebut kosong.

Penumpang wanita tersebut kemudian berpindah kembali ke tempat duduk asalnya, namun tidak lama kemudian dia mengulang kembali perbuatannya. Malah dia kelihatan begitu selesa berbaring di tempat duduk kelas premium tersebut sambil bermain telefon bimbitnya.

Tindakan wanita tersebut jelas menimbulkan rasa kurang senang kepada penumpang lain, termasuk kepada Bruce Lam yang berkongsi cerita tersebut. Dia yang merupakan penumpang kelas premium merasa berang apabila wanita tersebut tidak mengendahkan permintaan krew kabin agar kembali ke tempat duduknya.

''Saya tidak tahu sama ada krew kabin tersebut terlalu berlembut dan baik, tetapi wanita itu mempunyai perilaku yang buruk. Dia marah dan kasar,'' katanya.

Menurut Bruce Lam lagi, wanita tersebut hanya berpindah kembali ke tempat duduknya selepas berasa malu dengan teguran seorang lelaki yang juga penumpang kelas premium.


Pada mulanya, wanita tersebut terlebih dahulu membalas teguran lelaki itu dengan memberitahu bahawa ia bukan urusannya dan tidak perlu masuk campur.

''Krew kabin telah meminta kamu agar tidak lagi duduk di situ buat kali ketiga, tapi kami masih mengulanginya,'' kata lelaki itu.

Lelaki itu kemudian menambah, ia memang bukan urusannya tetapi dia menegur disebabkan tindakan memalukan yang dilakukannya itu.

Selepas kejadian itu, Bruce Lam memberitahu bahawa krew kabin mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut.

''Kami kerap berhadapan dengan penumpang bersikap kurang ajar seperti itu," kata krew kabin tersebut.

Sumber : SAYS, Bruce Lam
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli