Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gurau Sikit Dah Nak Sentap, Kongsikan 6 Tips Ini Kepada Rakan Anda Yang Kuat Sentap Supaya Mereka Lebih Positif

Ditulis oleh Eddy Hassan, 12 Apr 2018

Korang mesti ada seorang rakan yang selalu je sentap secara tiba-tiba. Kita kadang-kadang gurau sikit je, dia punya tarik muka boleh buat putus kawan sampai bila-bila. Ada juga yang jenis serius je sepanjang masa, tak boleh langsung diusik, nanti mula la naik angin.

Apa yang akan korang buat kalau dapat kawan macam ni. Takkan nak sisihkan dia pula kan. Tapi kalau nak ajar keluar lepak, tersalah cakap nanti masam muka. Tapi kalau tak ajak, nanti sentap pula. Aduh, memang susah la.

Jadi apa kata anda baca tips ini dan cuba nasihatkan rakan anda yang kuat sentap itu baik-baik. Mana tahu dia dengar kan.

1. 'Move On' Dari Kisah Lalu.

Kadang-kadang rakan anda yang cepat sentap ini sebab hati dia mudah terusik dan masih terikat dengan memori hitam lalu. Dia selalu cepat merasa sedih dan muram.

Apa kata anda cuba selami dulu diri rakan anda yang mudah sentap tu, mana tahu ada sesuatu yang dia pendam dan buatkan dirinya merasa tak selesa dengan gurauan orang sekeliling.

Pesan ada si dia untuk lupakan hal lama dan memandang ke depan, okay.


2. Kurangkan Kerisauan.

Orang yang cepat sentap ini biasanya orang yang mudah risau. Risau takut-takut gurauan yang dibuat oleh rakan-rakan sebenarnya benda betul. Yelah, korang pun jangan la gurau yang pelik-pelik sampai orang lain pun tak tahu yang anda bergurau atau menghina.

Tapi apa-apa pun anda kena pesan pada rakan anda yang kuat sentap tu yang perasaan risau ini ada dua keburukan.

Yang pertama, perasaan risau boleh menambah lebih banyak masalah dalam hidupnya, dan yang kedua, ia cuma memberi kesan kepada kesihatan terutama kesihatan mental dirinya sendiri.


3. Bersyukur

Bagi tahu rakan anda yang kuat sentap itu supaya bersyukur kerana sekurang-kurangnya masih ada rakan yang sudi bergurau dan berkominikasi dengannya. Kalau ikutkan, memang tak ada sesiapa pun yang sanggup layan perangai orang yang kuat sentap ini kan.

Ajar dia setiap kali bangun tidur ucapkan rasa terima kasih dan bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk terus menjalani kehidupan harian dan bertemu dengan orang tersayang.


4. Belajar Memaafkan

Belajarlah memaafkan. Kadang-kadang niat rakan-rakan anda cuma untuk bergurau dan menghidupkan suasana sahaja. Jadi, janganlah kita cepat sangat sentap.

Lagi satu, memaafkan orang sebenarnya satu tindakan positif yang memberi banyak manfaat kepada diri anda. Percayalah, selepas anda memaafkan orang, anda akan merasa lebih tenang meneruskan kehidupan seharian.

Sukar memaafkan orang lain sebenarnya adalah salah satu punca anda mudah berasa sedih dan kecewa. Jadi, maafkanlah rakan anda, okay.



5. Positifkan Fikiran

Sentiasa berfikiran positif sebenarnya turut mempengaruhi sikap orang lain di sekeliling kita. Kadang-kadang memang ada yang suka ambil kesempatan dengan diri kita yang cepat sentap ini sebab suka tengok kita mudah terusik.

Jadi apa kata anda layankan sahaja dan senyum, lama-lama rakan anda pun dah malas nak menyakat anda bila anda tidak menunjukkan sebarang reaksi.



6. Ketawa

Yang ini kami rasa yang paling mujarab. Kalau ada rakan-rakan yang mengusik anda, apa kata anda ketawa sahaja. Anggaplah dia cuma bergurau dan mahu melihat kita ketawa. Dan anda juga boleh ubah diri anda daripada seorang yang mudah sentap kepada seorang yang periang.

Bila anda jadi seorang yang periang, kini giliran anda pula untuk menyakat orang lain.


Sumber : Hijab And Heels
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Pasang Taruhanmu Malam Ini Hanya Di www(dot)updatebetting(dot)co
    Untuk Info Cara Daftar Silahkan Hubungi CS Kami Di Bawah Ini :
    BBM 7ACD8560, Whatsapp (+855) 979542957, Line Updatebetting

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli