Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Geli Tiap Kali Nak Makan Lalat Berkerumun Atas Meja, Cuba 6 Petua Ini Supaya Lalat Tidak Lagi 'Berkunjung' Ke Rumah Anda

Ditulis oleh Eddy Hassan, 11 Apr 2018
No Comment

Kehadiran lalat dalam rumah anda memang suatu perkara yang amat merimaskan. Memang semua sedia maklum bahawa lalat sebenarnya makhluk perosak yang membawa pelbagai kuman yang membahayakan diri anda. Kalau lalat ini dah hinggap pada makanan, memang ragu-ragu la kan kita nak jamah makanan tersebut.

Tapi bagaimana nak halau lalat ini, takkan nak pakai racun serangga, nanti habis tercemar makanan kita dengan racun ni pula. Tak ada cara yang seamat ke? Ada, jangan risau. Malah cara-cara yang digunakan ini sememangnya selamat dan mudah pula tu.

So, ini dia enam petua mudah untuk anda amalkan supaya jumlah lalat di rumah anda semakin berkurang.

1. Guna Bunga Cengkih

Bahan yang mudah di dapati serta mudah pula untuk dibuat. Bunga cengkih ini baunya sangat kuat dan harum, tapi tidak bagi lalat.

Apa yang anda perlu buat adalah letakkan bunga cengkih ini di dalam air kemudian isi dengan air dan letak sahaja di atas meja. Biarkan ia terdedah.


2. Pasang Lilin Atas Meja

Yang ini pun mudah untuk anda cuba. Malah anda boleh mendapatkan lilin dengan mudah dimana-mana kedai runcit yang berdekatan dengan rumah anda.

Anda cuma perlu nyalakan sebatang atau dua batang lilin dan biarkan di atas meja. Lalat tidak akan menghampiri meja makan anda kerana tidak tahan dengan haba yang dilepaskan oleh lilin tersebut.


3. Serbuk Kulit Kayu Manis

Bahan ini mungkin sudah ada di dapur rumah anda jadi anda tidak perlu bersusah payah untuk mencarinya.

Apa yang anda perlu buat adalah taburkan serbuk kulit kayu manis tersebut di atas meja makan anda tau dimana-mana sahaja tempat yang anda rasa lalat banyak berkumpul.


4. Guna Daun Kari

Yang ini mungkin agak sukar untuk anda buat kerana tidak banyak rumah yang menanam pokok kari kan. Tapi jika ada menanamnya, anda boleh mencuba tips ini.

Dapatkan beberapa tangkai daun kari kemudian tabur di atas meja makan atau di dapur anda. Anda akan dapati bau daun kari yang kuat akan menghalau lalat.


5. Hirisan Cili

Pelik bukan, tapi apa salahnya anda cuba. Apa yang perlu buat cuma potong beberapa hirisan cili merah dan letakkan di atas meja ketika anda makan. Anda akan dapati bahawa kawasan yang diletakkan cili tak akan dihampiri oleh lalat.


6. Uncang Cmpuran 3 Herba

Anda cuma perlu campurkan 3 jenis herba iaitu bunga lawang, bunga cengkig dan kulit kayu manis. Apa yang perlu buat adalah letakkan ketiga-tiga bahan ini dalam satu kain yang nipiskan kemudian jadikan ia berbentuk uncang.

Cara gunanya adalah amat mudah, cuma gantung sahaja dimana-mana bahagian rumah anda terutamanya di kawasan yang sering 'dikunjungi' lalat.


Selamat mencuba.

Sumber : rasa.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli