Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dua Lelaki Menyamar Pegawai Kesihatan Lengkap Berseragam Dan Bersenjata Masih Diburu Pihak Polis, Orang Awam Diminta Berwaspada

Ditulis oleh farra vy, 16 Apr 2018
2 ulasan

Khamis lalu, 12 April 2017, dua orang penyamun bertindak mencederakan orang awam dengan menyamar sebagai pegawai kesihatan datang kerumah sebuah keluarga untuk membasmi jentik-jentik telah menerkam mangsa dengan pistol dan pisau.

Menurut perkongsian Faisal melalui laman Twitter miliknya, mereka telah memperkenalkan diri sebagai pegawai kesihatan kepada tuan rumah terbabit dan membenarkan mereka masuk untuk melihat kawasan rumah jika terdapat pembiakan nyamuk aedes.

Pergelutan telah berlaku dan penyamun dengan senjata itu dikatakan berjaya merampas beberapa barangan berharga serta turut mencederakan mangsa.  Mari ikuti perkongsian dibawah, semoga kita lebih berhati-hati kerana ramai orang yang cuba mengambil kesempatan dan tidak membenarkan individu tak dikenali masuk ke rumah.





Dibawah ini kami kongsi 15 Modus Operandi serta taktik ragut/samun di Malaysia daripada sumber asal The Aida Sue.

1. Tunjuk-Henti-Samun

Taktik yang diguna pakai penjenayah seperti berikut:

• Menunggang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki dan menunjukkan tanda isyarat tangan ke arah tayar bahagian kiri atau kanan.
• Sekiranya pemandu tidak berhenti pada waktu itu, datang sebuah motosikal lain (kedua) dinaiki dua lelaki menunjukkan perkara yang sama bagi mewujudkan rasa khuatir dalam diri pemandu supaya memberhentikan kenderaan ke bahu jalan.
• Apabila pemandu memberhentikan kenderaan, suspek akan turun dari motosikal dan menuju ke bahagian kiri atau kanan tayar dan meminta pemandu melihat kerosakan yang dialami.
• Pada masa yang sama, motosikal yang dinaiki dua lelaki yang pertama turut memberhentikan motosikal mereka tidak jauh dari kenderaan mangsa.
• Apabila mangsa keluar dari kenderaan atau menurunkan cermin kereta. Suspek dari motosikal pertama akan bertindak melarikan kereta mangsa atau memaksa mangsa untuk keluar dari kenderaan sebelum melarikan kereta.


via GIPHY

2. Rompak dan ragut depan pagar rumah / di kawasan rumah

Empat suspek samun berjaya dicekup polis peronda tidak sampai setengah jam selepas meragut rantai seorang wanita di Jalan Rumbia Batu 8, Kampung Sijangkang, di sini, kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, seorang daripada suspek turun dari kenderaan Kia Carens bertanyakan khabar ibu mangsa dan perihal rumah sewa sebelum meragut seutas rantai emas dipakai wanita terbabit.

Suspek menyamar menjadi tukang paip/baiki penghawa dingin. Jika tuan rumah tiada, dia akan memberitahu orang gaji ( jika ada ) yang tuan rumah mengarahkan dia datang untuk membaiki paip atau peralatan eletrik di dalam rumah dan merompak mangsa.

3. Ragut di stesen minyak
Modus Operandi : Semasa mengisi minyak, penjenayah akan memerhatikan kereta mangsa. Jika tidak berkunci,semasa mangsa ke kaunter untuk membuat pembayaran, penjenayah akan membuka pintu kereta dan terus mengambil barang berharga. Terus menaiki motor bersama rakan penjenayah.



4. Ragut ketika solat di masjid/surau

5. Samun ketika keluar bersarapan

KES : Empat penjenayah menaiki dua motosikal bertindak ganas apabila melakukan empat kes samun menggunakan modus operandi hampir sama membabitkan mangsa yang semuanya wanita. Suspek yang melakukan jenayah berangkai mereka itu menyasarkan suri rumah dan wanita yang berjalan sendirian ketika keluar membeli sarapan dengan setiap kes dilaporkan hanya selang 10 hingga 20 minit. Menurutnya, mangsa tidak menyedari kehadiran suspek yang memasuki rumahnya selepas pintu pagar dan pintu utama terbuka sebelum mengarahkan mangsa berdiam diri sambil diacukan parang.

6. Rempuh kereta dan ragut

KES : Rempuh dan ragut. Itulah modus operandi digunakan lelaki berusia 30-an untuk meragut mangsanya dipercayai aktif sejak tiga bulan lalu. Dalam kejadian terbaru di kawasan perumahan di Batu 9 Cheras.Lelaki terbabit yang menunggang motosikal seorang diri dilapor merempuh kereta sorong bayi berusia sembilan bulan sebelum cuba meragut ibunya. Tindakan itu bagaimanapun mengundang padah apabila orang awam bergegas membantu wanita dan bayinya itu sebelum menahan lelaki terbabit.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila wanita berusia 20-an yang menolak kereta sorong membawa bayi perempuannya berusia sembilan bulan bersiar-siar di kawasan perumahan berkenaan. Tiba-tiba seorang lelaki yang menaiki motosikal meluru laju dan merempuh kereta sorong bayi terbabit menyebabkan bayi malang berkenaan tercampak ke di bahu jalan. Wanita terbabit bernasib baik apabila seorang lelaki yang dalam perjalanan ke tempat kerja segera berhenti dan membantunya,” katanya.



7. Ragut kanak-kanak di karnival dan pesta

Modus operandi : keluarga itu menjalankan kegiatan ragut dengan menyasarkan kanak-kanak yang memakai rantai leher, gelang tangan, subang dan telefon bimbit. Hasil siasatan polis, keluarga itu menjual barangan curi di kedai-kedai pajak gadai untuk mendapatkan wang tunai.

8. Ragut selepas keluar dari bank

KES : Difahamkan, sebelum kejadian, seorang wanita , Nasha memandu kenderaan Naza Ria dengan ditemani seorang rakan wanitanya dan berhenti di persimpangan lampu isyarat itu. Nasha dikatakan baru mengeluarkan sejumlah wang di sebuah bank tidak jauh dari lokasi dia disamun. Sebaik berhenti di persimpangan itu, dua lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5 menghampiri kenderaan pelakon tersebut. Pembonceng motosikal itu kemudian memecahkan cermin kerenderaan pelakon itu dan mengambil beg tangan yang diletakkan di riba Nasha. Sebaik sahaja mangsa keluar dari bank tersebut, dia tiba-tiba didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

9. Ragut dan rompak di tepi kenderaan di tempat awam/ parkir

Mengekori anda semasa berjalan berseorangan di kawasan meletak kereta. Ada rakan penjenayah yang menunggu mangsa dan mereka biasanya di dalam kumpulan kecil.
Ada sebuah kereta berhenti di tepi kereta anda sejurus anda masuk ke dalam kereta. Bagi wanita yang terlupa mengunci kereta selepas masuk, penjenayah akan membuka pintu kereta di tempat penumpang dan mengambil tas tangan mangsa.
Kereta mangsa sedang berhenti di simpang jalan, di bahu jalan atau pun ketika lampu isyarat sedang merah. Caranya, dengan memecahkan cermin kereta sekiranya melihat beg tangan berada di atas kusyen kereta.



10. Ragut di atas jejantas

Modus Operandi : Jejantas itu dibina banyak kejadian ragut berlaku membabitkan penduduk setempat termasuk golongan wanita, petani dan kanak-kanak sekolah. mangsa ragut mereka diugut menyerahkan semua barang berharga termasuk wang tunai sambil pisau pula diletakkan di leher. Mangsa dalam kalangan petani pula disekat di atas jejantas kemudian kunci motosikal dirampas lalu dicampak supaya mangsa tidak melarikan diri. Kebanyakan peragut terdiri daripada lelaki golongan muda antara umur 20 an hingga 30 an dan waktu kejadian kerap berlaku adalah selepas pelajar sekolah pulang dan waktu Maghrib. pengguna jejantas itu tidak dapat melihat peragut terbabit dari bawah melainkan naik di atas jejantas itu lebih kurang 50 meter kerana dua peragut akan menunggu di dua penjuru tengah dan hujung jejantas.

11. Ragut sewaktu naik pengangkutan awam

12. Perompak yang menyamar sebagai anggota keselamatan

13. Taktik Tanya Alamat 

Orang ramai dinasihatkan berwaspada daripada menjadi mangsa ragut taktik bertanyakan alamat oleh penjenayah.
Modus operandi : Penjenayah berpura-pura menanyakan alamat rumah. Mangsa biasanya di dalam keadaan hendak masuk ke rumah. Peragut akan terus mencapai loket dan rantai /gelang mangsa. Seorang lagi rakan penjenayah menunggu di atas motosikal membuat deruman enjin supaya jeritan saya meminta tolong tidak didengar jiran.



14. Taktik simbah cili boh / asid ke muka mangsa

Kes simbah cili asid yang berlaku ke atas dua wanita di perhentian bas di Rawang Selangor telah menunjukkan perkembangan baru apabila suspek utama telah berjaya diberkas oleh pihak polis

15. Diragut Semasa Lintas Jalan

Caranya adalah dua peragut akan bersedia dalam sebuah kereta di persimpangan jalan.Sebaik sahaja mangsanya melintasi persimpangan itu, peragut yang berada dikerusi penumpang akan keluar dan menyerang mangsa. Guna alat kejutan elektrik untuk 'melumpuhkan' mangsa sebelum ragut barangan berharga. Alat bersaiz kecil menyerupai telefon bimbit itu mengalirkan renjatan elektrik rendah bagi membuatkan mangsa separuh lumpuh.

NASIHAT

1. Sekiranya anda berada dalam keadaan yang dinyatakan terus memandu ke balai polis berdekatan atau kawasan yang ramai orang atau berhenti di kawasan ‘safety point’ antaranya 7-Eleven, Pos Malaysia dan stesen minyak Petron.
2. Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis motosikal, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).
3. Memastikan nombor telefon bilik gerakan mana-mana balai polis berdekatan.
4. Membunyikan hon kereta beberapa kali untuk menarik perhatian penggunakan jalan raya sekiranya berada dalam situasi kecemasan.
5. Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku pergelutan dengan suspek untuk mempertahankan harta benda.
6. Sehingga kini masih ramai lagi tidak peka mengenai jenayah ini, terutama dalam kalangan penunggang motosikal wanita yang meletakkan beg tangan mereka di dalam bakul motosikal. Ini menjadikan diri mereka terdedah kepada ancaman, walaupun ada ramai mangsa yang maut, namun mereka langsung tidak menjadikan perkara ini sebagai iktibar
Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli