Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dengan Hanya RM799, Anda Boleh Dapat Peranti Dwi-Kamera Huawei, Dah Tak Perlu Berbelanja Ribuan Ringgit

Ditulis oleh Roti Tisu, 12 Apr 2018

      

       Kini semua orang perlukan telefon pintar, tak kira peringkat usia. Namun tidak dapat dinafikan pilihan telefon pintar ketika ini sangat memeningkan kepala. Kadang-kadang kita baru je beli, tiba-tiba dah keluar model baru yang lebih canggih.

      Sekarang ni korang dah tak perlu berbelanja ribuan ringgit untuk mendapatkan sebuah telefon pintar boleh harap. ‘Boleh harap’ bermaksud ianya mampu melaksanakan tugas asas dengan sempurna bersama ciri lain yang berguna dalam kehidupan seharian.


      Dalam usaha untuk turut memenangi segmen kelas pertengahan, Huawei sekali lagi menampilkan sebuah model baru untuk siri Nova mereka, iaitu Huawei Nova 2 Lite. Seperti abang kembarnya, yang terjual di pasaran seperti pisang goreng cheese panas, Huawei Nova 2 Lite mencatatkan jualan sebanyak 7,000 unit dalam masa 4 hari. 

       Nova 2 Lite ini merupakan peranti yang dilharikan berdasarkan respon daripada golongan muda yang mementingkan gaya, kualiti dan dalam masa yang sama, nilai tambah kepada wang mereka.



Huawei Nova 2 Lite masih lagi meneruskan legasi yang dibawakan oleh Huawei Nova2i dengan rekaan trendy 18:9, menghasilkan ukuran skrin 5.99 inci pada badan berukuran 5.5 inci. Korang dapat lebih skrin dengan ciri paparan FullView ini.


      Dijalankan dengan sistem operasi Android Oreo terus dari kotak bersama RAM bersaiz 3GB, korang boleh jangkakan peranti ini beroperasi dengan lancar bersama antaramuka EMUI 8.0. Melalui EMUI 8.0, korang akan dapat banyak ciri baru yang menarik seperti Pengimbasan Wajah pada kelajuan 900 milisaat, Huawei Clone untuk memudahkan pemindahan aplikasi, Game Suite untuk menapis sebarang gangguan ketika bermain game, Mini Screen View untuk penggunaan sebelah tangan, Gesture Control untuk memudahkan korang gunakan sepenuh jari korang kat atas skrin yang lebih luas tu.

       Telefon ini juga dibina dengan storan dalaman 32GB, disertakan juga tiga ruang slot kad, dua untuk kad sim dan satu untuk kad microSD yang menyokong sehingga 256GB. Ciri ini sangat berguna pada anda yang mempunyai dua nombor, bila line telko tak clear, boleh terus tukar ke telko lagi satu, tak perlu nak tukar-tukar kad dah. Genius!


         Huawe Nova 2 Lite dilengkap dengan sistem dwi-kamera dengan tetapan 13MP+2MP dalam menghasilkan gambar BOKEH selain fungsi focus laju PDAF. Apabila mod ‘Wide Aperture’ diaktifkan, lensa 13MP akan menangkap detail pada subjek manakala lensa 2MP akan memberikan kesan bokeh. Seperti biasa, dengan aplikasi kamera Huawei, anda boleh memilih titik  fokus dan menetapkan tahap ‘blur’ di latar balakang dengan 7 jenis tahap aperture.


Kamera selfie 8MP pula dilengkapi dengan flash ikut tona swafoto secara manual atau automatik dengan aperture f/2.0. Selain itu, korang juga boleh mengambil selfie pada sudut luas sehingga 77 darjah. Nak ambik wefie pun senang.


Berbalik kepada persoalan kami, adakah Huawei Nova 2 Lite ini mampu mengulangi kejayaan Huawei Nova 2i?  Pada kami, Nova 2 Lite ini merupakan alternatif bajet kepada Nova 2i. Dengan tanda harga RM799, kami yakin peranti ini mampu menyayingi atau mungkin mampu mengalahkan Nova 2i di pasaran tempatan.


Walaupun hadir pada tanda harga bajet, peranti ini tetap membawakan sokongan VoLTE dan VoWiFi untuk penggunaan media sosial yang lebih lancar seperti memotong mentega. Memang sesuai sangat pada mereka yang selalu bersiar-siar di beberapa platform media sosial yang berbeza. Peranti ini ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan biru. Kalau tak tau nak buat pilihan, ambik warna biru, cantik gila!

Layarai Vmall Huawei untuk maklumat lebih lanjut.



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli