Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Cuti Ke Tak Cuti Nie?'' Masa Cuti Untuk Rehat Bukannya Kena Buat Kerja, Tegas Dengan Bos Anda

Ditulis oleh Sha Rossa, 4 Apr 2018

Pernah tak anda rasa stress dengan kerja walaupun waktu cuti? Fikirkan kerja di office yang bertimbun, menyiapkan kerja di rumah atau lebih teruk terpaksa lari sekejap menghadiri kursus atau mensyuarat sewaktu sedang bercuti.

Sudahnya cuti yang perlu dinikmati dengan rehat, habis macam tu je. Esok pergi kerja dengan keadaan lesu dan tak bermaya. Siapa yang tidak stress kan?

Perkongsian oleh Page Public Health Malaysia melalui laman facebook ini mungkin ada betulnya. Cuti macam tak cuti, adakah anda termasuk dalam situasi yang sama seperti ini? Tepuk dada, tanya diri sendiri. Semoga bermanfaat !

CUTI TAK CUTI


Anda sedang bercuti di mana sepatutnya anda rehat untuk pulihkan rasa penat daripada bekerja. Tapi anda tak dapat rehat, dan penat tak hilang. Esok kerja lagi. Gaji tetap sama.


Bagaimana cuti tak cuti ini berlaku?

Tiada 'physical detachment' daripada tempat kerja.

1) Hadir mesyuarat tak berbayar waktu cuti (balik lewat, makanan pun takde).

2) Uruskan kursus tanpa bayaran cuti (dan tiada cuti ganti).

3) Pergi CME waktu cuti dan setiap kali cuti (bila nak rehat ni?).

Tiada 'psychological detachment' daripada kerja


1) Kat rumah tapi kena buat kerja pejabat.

2) Terbayang-bayang kerja berlambak tak siap di ofis.


3) Teringat pada pesakit yang menghembuskan nafas terakhir.

4) Termimpi2 kena marah dengan bos sebab tak siap kerja, kemudian terus berhempas pulas buat kerja dalam mimpi. Bangun tidur rasa penat sangat.

5) Pasangan asyik cerita pasal kerja dia, kemudian paksa kita cerita pasal kerja kita. Terpaksalah ingat juga hal kerja yang memenatkan.

Pernah rasa, kan? Kalau pernah rasa semua di atas, apa anda buat? Ini saranan PHM.

1) Bos kena cakna jangan bagi pekerja buat kerja ofis di rumah.

2) Pasangan kena elakkan cakap hal kerja di rumah.

3) Pekerja kena pastikan kerja di pejabat siap tanpa perlu tunggu bawa ke rumah.

4) Pekerja kena bersuara secara bersama (kalau sorang2, konfem kalah).

Kalau dah baca, kongsikan kepada bos atau pekerja anda.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli