Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Curi-Curi Guna Kad Kredit Ibu, Budak 12 Tahun Melancong Ke Bali Seorang Diri

Ditulis oleh Aisha Ratnila, 25 Apr 2018
2 ulasan

SYDNEY- Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dipercayai mencuri kad kredit milik ibunya sebelum menggunakannya untuk melancong ke Bali seorang diri.

Drew, 12,  dikatakan telah menempah tiket penerbangan dan hotel mewah di Bali melalui pakej pelancongan murah di internet selepas bergaduh dengan ibu bapanya di rumah mereka.

Dia dilaporkan menaiki penerbangan transit dari Sydney ke Perth sebelum mendarat di Denpasar, Bali.


Drew dikhabarkan berjaya menempah tiket pelancongan tersebut selepas memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh syarikat penerbangan tersebut iaitu surat pengesahan yang ditandatangani ibu bapa.

Pada yang sama, dia juga berasa hairan kerana orang ramai tidak mempersoalkannya yang bersendirian di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney.

“Pegawai bertugas hanya meminta kad pengenalan pelajar dan pasport untuk membuktikan bahawa saya berumur 12 tahun dan belajar di sekolah menengah,” jelasnya.

Ibunya, Emma berasa terkejut dan tidak boleh menjelaskan bagaimana perasaannya selepas mengetahui anaknya itu ke luar negara seorang diri dan menginap di Hotel All Season yang bertaraf empat bintang.

Sumber- Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. Update Betting agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "