Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Bukan 'Seluk' Suka Suka'', Bukaan Pintu rahim Semasa Bersalin, Doktor Ini Kongsi Info Yang Ibu-Ibu Patut Tahu

Ditulis oleh Sha Rossa, 17 Apr 2018

Pengalaman mengandungkan cahaya mata selama 9 bulan merupakan saat-saat indah yang pasti sahaja tidak dapat dilupakan oleh mana-mana ibu di dunia ini. Tetapi apabila cukup tempoh kandungan, saat melahirkan anak menjadi sesuatu yang amat mendebarkan. Tak kiralah, anak pertama ataupun sudah ke berapa kali, perasaan itu tetap hadir.

Buat ibu-ibu yang sudah berpengalaman pasti pernah melalui 'vaginal examination' iaitu selukan jari pada vagina si ibu. Ini dilakukan untuk mengukur bukaan pintu rahim ibu sama ada sudah bersedia untuk melahirkan atau tidak. Namun buat ibu-ibu yang baru pertama kali bakal melalui pengalaman ini ataupun yang sudah berpengalaman tetapi masih merasa takut, usah panik dan ikuti nasihat oleh doktor ini.

Perkongsian info di bawah oleh Dr. Muhammad Izzat melalui laman facebooknya mungkin boleh dijadikan panduan oleh ibu-ibu di luar sana. Semoga bermanfaat. Diharap proses melahirkan bayi comel ibu-ibu semua dipermudahkan ! 

2 cm , 4 cm , 8 cm , 10 cm tu apa ?

Salah satu tanda ibu telah bersedia untuk bersalin adalah dengan melihat kepada pembukaan pintu rahim. Dalam keadan biasa pangkal rahim yang terletak di dalam vagina berada dalam keadaan tertutup dan tidak membuka. kadang-kadang ianya terbuka sikit untuk mereka yang pernah melahirkan banyak anak.

Apabila sakit kontraksi bermula, pintu rahim ini menjadi semakin nipis dan perlahan-lahan akan membuka. Darah bercampur lendir dinamakan 'show' akan keluar dan ini dikenali sebagai tanda nak bersalin.

Pangkal rahim ini akan membuka perlahan-lahan bermula dari 1 cm sehingga la diameter nya mencecah 10 cm sebelum ibu boleh meneran bayi keluar.


Bukaan pintu rahim ini ditentukan oleh Vaginal examination dilakukan oleh doktor atau jururawat perbidanan terlatih dengan memasukan jari ke dalam vagina sekaligus mengukur bukaan pintu rahim dengan jari sahaja.

Jangan panik.... Ramai ibu berasa takut dan gundah gulana memikirkan mengenai Vaginal examination, lebih-lebih lagi ibu yang takde pengalaman melahirkan.

Relaks, bertenang, tarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan. jangan keraskan badan, jangan kemut sekuat-kuatnya kerana pemeriksan akan menjadi sukar dan ibu akan berasa sakit.


Selain memberitahu mengenai bukaan pintu rahim, vaginal examination juga akan memberitahu mengenai pintu rahim masih keras atau sudah bertambah lembut, kedudukan kepala bayi, selaput air mentuban masih ada atau tidak, terdapat uri atau tali pusat ketika pemeriksaan.

Maka, vaginal examination ni bukan suka-suka dilakukan, ianya penting untuk menilai sejauh mana proses kelahiran itu sudah sampai. di dalam dewan bersalin, ianya dilakukan setiap 4 jam, atau lebih awal jika doktor merasakan pemeriksan perlu diawalkan, bergantung kepada perkembangan proses kelahiran.

Bukan 'seluk' suka-suka,

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Tunggu apalagi, ayo kunjungi kami di updatebetting, dan daftarkan diri Anda
    deposit, mainkan dan menangkan taruhannya :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli