Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Betul Ke Makan Nenas Boleh Menyebabkan Keguguran? Sejauh Manakah Kebenaran Ini?

Ditulis oleh farra vy, 5 Apr 2018


Sering kita dengar orang tua kata, jangan makan nenas kerana boleh mengakibatkan keguguran serta mengganggu perkembangan bayi didalam perut.

Namun betulkah anggapan itu?

Bromelain merupakan kombinasi enzim yang bersifat menguraikan protein(proteolytic) yang berasal daripada bahagian tengah Nanas. Disebabkan kebolehannya menguraikan protein, ia selalu digunakan dalam masakan bagi tujuan melembutkan daging. Kita mengetahui ada sesetengah daging yang liat. Ini kerana kewujudan ikatan diantara protein yang menyebabkan ia sedikit liat. Maka, bromelain boleh menguraikan ikatan diantara protein tersebut dan menyebabkan daging menjadi lembut.

Images via Mercola.com


Ada beberapa penyakit yang boleh menggunakan bromelain untuk tujuan perubatan terutamanya dalam rawatan pengurusan luka(wound management). Sebagai contoh luka yang lambat baik disebabkan diabetes. Penggunaan Bromelain boleh menguraikan sel-sel mati ditempat luka dan membuatkan sel yang hidup tumbuh lebih baik.

Masih tiada lagi kajian yang mampan menunjukkan bromelain boleh digunakan dalam penyakit yang lain.



BROMELAIN MENYEBABKAN KEGUGURAN

Menjadi kepercayaan masyarakat bahawa BROMELAIN boleh menyebabkan keguguran disebabkan kebolehannya menguraikan protein. Ia dikatakan boleh menyebabkan protein di dalam badan bayi diuraikan dan berakhir dengan keguguran. Ada juga yang mengatakan ia menguraikan protein dibahagian servik dan menyebabkan servik lemah.

Tetapi tiada lagi kajian menunjukkan bahawa penggunaan nanas boleh menyebabkan keguguran.
Buat setakat ini, penggunaan bromelain mempunyai tahap ketoksikan yang rendah(low toxicity).



Majoriti keguguran adalah disebabkan masalah genetik. Bermaksud ketika persenyawaan ataupun fetus membesar, berlakunya mutasi ataupun kerosakan pada genetik menyebabkan bayi tidak sesuai untuk hidup. Disebabkan masalah genetik tersebut badan sendiri akan menggugurkan bayi tersebut.
Kesimpulan

Tiada lagi kajian yang menunjukkan nanas sebagai penyebab keguguran. Jika nak ambil nanas dipersilakan. Tetapi jika risau anda keguguran, anda boleh elakkan penggunaannya.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli