Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Betul Ke Kelopak Mata Berkedip Sendiri Sebab Ada Yang Rindu, Ini 7 Sebabnya Dan Lupakan Mengenai Siapa Rindukan Anda

Ditulis oleh Eddy Hassan, 12 Apr 2018

Anda mungkin pernah mendengar sebelum yang kelopak mata berkedip sendiri tandanya ada seseorang yang sedang merindui anda. Memang boleh buat hati berbunga-bunga la kalau betul ada orang yang rindukan kita kan.

Tapi betul ke? Mitos atau fakta? Kami sendiri pun tidak tahu, tapi apa yang kami tahu dan ingin kongsikan dengan adalah kelopak mata berkedip-kedip sendiri berpunca daripada beberapa sebab, dan ianya tidak baik untuk anda.

Lupakan hal rindu merindu tersebut. Kelopak mata berkedip-kedip ataupun 'eye twitching' merujuk kepada pergerakan saraf dan otot kecil di sekitar mata anda. Pergerakkan kelopak mata adalah perkara normal namun anda harus memandang serius jika ia berkedip banyak kali dan seolah-olah tidak dapat di kawal. Terdapat dua jenis kelopak mata berkedip-kedip sendiri ini iaitu :

1. Blepharospasm

Kelopak mata berkedip-kedip daripada keadaan biasa hingga lebih kerap melibatkan kedua-dua kelopak mata atas dan bawah secara berterusan, dan ia boleh mewujudkan keadaan hampir buta kepada pesakit.

2. Hemifacial spasm

Kelipan yang asalnya berlaku pada kelopak mata merebak hampir kepada separuh muka, biasanya disebabkan tekanan yang diberikan oleh sebahagian lagi muka yang tidak terjejas.

Walaupun keadaan di atas jarang sekali berlaku, namun anda harus berhati-hati kerana ia boleh menyebabkan hadirnya penyakit lain berkaitan saraf seperti  Bell’s palsy, dystonia, Parkinson, dan sindrom Tourette.

Jadi anda kenalah lebih berhati-hati lepas ini, jangan asyik anggap orang rindukan anda bila mata berkedip-kedip.

Apa-apapun, ada 7 sebab kenapa kelopak mata anda boleh berkedip dengan sendiri.

1. Tekanan

Pernah tak anda perasan setiap kali kelopak mata anda berkedip-kedip, pada masa yang sama anda dalam keadaan stress?

Menurut Dr Monica L. Monica, jurucakap kepada American Academy of Ophthalmology, stress adalah punca utama kenapa kelopak mata boleh berkedip sendiri.

Stress sebenarnya melepaskan hormon dalam badan yang menyebabkan berlaku ransangan otot, yang juga boleh memberi kesan kepada otot pada kelopak mata. Stress ini mungkin berpunca daripada tekanan kerja sepanjang minggu ataupun anda tidak mendapat tidur yang sempurna.

Jadi, bawa-bawalah berehat dan dapatkan tidur yang nyenyak supaya kelopak mata berkedip sendiri hilang.

2. Keletihan

Adakah anda menghabiskan masa selama 7 hingga 8 jam setiap hari untuk tidur? Ataupun anda menghabiskan lebih banyak masa untuk berkerja atau berjaga malam untuk menonton drama. Jika itu puncanya, mata berkedip sendirinya adalah satu bentuk aduan yang dibuat oleh mata agar anda memberi ruang untuk mata anda berehat.

''Kajian menunjukkan adanya perkaitan, dan kami tahu bahawa kelopak mata berkedip sendiri boleh berkurang jika mendapat lebih tidur, walaupun kami tidak tahu sebabnya'', kata Dr Wayne Cornblath daripada Universiti Michigan.

3. Mata Yang Kering

Bagi mereka yang kerjanya perlu menghadap komputer dalam tempoh masa yang lama, ia mungkin menjadi punca kepada masalah ini. Merenung skrin komputer sepanjang hari boleh menyebabkan mata anda menjadi kering. Malah kajian saintifik yang dijalankan menunjukkan bahawa bekerja lebih daripada 7 jam menghadap komputer boleh menyebakan lembapan semula jadi pada permukaan mata menjadi kering.

Jadi anda dinasihatkan untuk lebih kerap menggunakan eye drop dan mengalihkan pandangan sekejap daripada skrin komputer sekurang-kurangnya setiap 20 minit.

4. Ketegangan Pada Mata

Ketegangan mata berbeza daripada mata kering. Mata yang tegang berpunca apabila anda memaksa mata anda untuk fokus secara berlebihan. Misalnya, anda mengecilkan mata anda kerana cahaya yang terlampau terang, cuba membaca atau melihat tulisan yang kecil atau objek kecil pada skrin, ataupun anda seorang yang rabun tapi tidak memakai cermin mata.

5. Alergik

Anda mungkin sudah mengetahui bahawa alergik mampu menyebabkan kegatalan dan mata berair yang boleh menyebabkan kelopak mata berkedip. Jika anda menggosak mata anda, ia mampu membebaskan histamine ke dalam tisu kelopak mata.

Pakar menyarakan anda untuk mengambil ubat anti-histamine, ataupun mencuba ubat titip mata anti alergik yang ada dalam pasaran.

6. Nutrisi Tidak Seimbang

Ia melibatkan beberapa kemungkinan, tapi yang paling penting adalah anda perlu pastikan anda minum air secukupnya kerana dehidrasi boleh menyebabkan mata kering dan kelopak mata berkedip sendiri.

Seterusnya, cuba pastikan sama ada anda sebelum ini menghadapi masalah kesihatan melibatkan perut. Muntah dan ciri-birit boleh menyebakan berlakunya ketidakseimbangan elektrolit dalam badan, iaitu kunci utama untuk memastikan saraf dalam badan berfungsi dengan baik. Jika ia puncanya, cubalah minum minuman khusus untuk ahli sukan ataupun sport drink dan lihatlah perubahan.

Selain itu, ia juga petanda anda tidak mendapat vitamin B, terutamanya vitamin B12 secukupnya yang berfungsi untuk pergerakkan otot dan saraf anda. Jadi, cuba tambah diet pemakanan anda dengan memasukkan menu-menu tinggi kandungan vitamin B seperti daging, telur dan produk tenusu.

7. Kafein

Kajian menunjukkan pengambilan kafein secara berlebihan boleh menyebabkan kelopak mata berkedip dengan sendiri. Kafein ini boleh menjadi pencetus kepada pembebasan hormon serotonin dan noradrenaline, yang boleh meransang saraf kelopak mata.

Sumber : writingandwellness
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli