Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bahana Ibu Anggap Virus HIV Hanya Mitos Ciptaan Barat, Bayi Berusia 5 Bulan Disahkan Positif HIV Temui Ajal

Ditulis oleh Eddy Hassan, 3 Apr 2018

Satu siasatan dilancarkan oleh pihak berkuasa di Rusia berhubung kematian seorang bayi berusia 5 bulan yang disahkan positif HIV selepas ibunya menolak rawatan untuk bayi perempuannya kerana percaya virus HIV hanyalah mitos.

Wanita terbabit, yang juga seorang penghidap positif HIV lebih dari lima tahun sering menolak untuk menerima rawatan, didakwa atas tuduhan menyebabkan kematian dan boleh dihukum penjara di Siberia, Irkursk sehingga dua tahun.

Penyiasat memberitahu bahawa bayi itu meninggal dunia pada Februari lalu di sebabkan masalah pneumocystis pneumonia, satu masalah jangkitan pada paru-paru disebabkan sistem imun badan yang lemah.

''Ibu bayi malang itu disahkan positif HIV dan menolak rawatan untuk diri dan anak perempuannya,'' menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh penyiasat.

Pusat AIDS serantau berkata, bayi tersebut telah didiagnosis dengan penyakit pemulaan AIDS ketika dia dirawat di hospital.

''Paru-paru bayi lima bulan boleh dianggap sebagai 'meletup' dari dalam. Ibunya berdegil mengatakan bahawa HIV hanyalah mitos,'' menurut kenyataan itu.

Wanita terbabit yang juga ibu kepada dua lagi anak, bagaimana pun menyalahkan petugas perubatan dengan mendakwa bahawa bayi tersebut meninggal dunia disebabkan penyakit pneumonia yang biasa.

Menurut data kerajaan, lebih daripada 900,000 rakyat Rusia hidup dengan virus HIV, dengan 10 kes baru direkodkan setiap jam. Kebanyakkan pesakit memerlukan rawatan setiap hari bagi mengelakkan virus HIV merosakkan sistem imun badan dan menyebabkan AIDS.

Kurang sedikit daripada separuh penghidap HIV di Rusia mengambil ubat antiretroviral, kerana percaya dengan teori konspirasi bahawa AIDS hanyalah mitos yang dicipta oleh dunia barat.

Kematian bayi ini bukanlah kes pertama di Rusia kerana sebelum ini seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun turut menjadi korban, Ogos lalu, apabila ibu bapanya menafikan rawatannya.

Sumber : Jamaica Observer
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli