Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Apakah Hukum Melancong Ke Tempat Yang Telah Dilaknat Seperti Laut Mati Dan Menggunakan Airnya? Ini Jawapan UAI

Ditulis oleh farra vy, 17 Apr 2018

Secara geologi laut mati (Dead Sea) terbentuk tiga juta tahun yang lalu ketika timbul retakan kecil pada lembah sungai Jordan (Jordan Riff Valley) dimana air laut masuk dan terkumpul, iklim kering dan evaporasi tinggi meningkatkan konsentrasi mineral dalam air. Garam, kapur dan gipsum terdapat pada sepanjang retakan ini dan membentuk danau dengan kandungan garam tertinggi. Hal ini menjadikannya danau air yang paling masin di dunia, dengan hampir 33,7% salinitas.  Airnya mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti.

Laut Mati terletak pada perbatasan antara Jordan dan bahagian barat Palestin, laut mati memiliki titik terendah di bumi pada 1.300 kaki (400m) di bawah permukaan laut. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa.  Oleh sebab itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya.  Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.



Disebalik nama Laut Mati

Rasa airnya terlalu masin sehinggakan seperti terasa pedas di lidah jika merasanya. Tidak ada hidupan di sini Ia merupakan Kota Sodom iaitu kota kaum Nabi Lut yang mengamalkan homosex. Kemurkaan Allah menyebabkan bumi ini diterbalikkan dihenyak hingga teggelam sedalam 411 meter dari paras laut. Nabi Lut dan yang beriman diselamatkan Allah dan tinggal di Jerusalem. Dari tempat ini ke Jerusalem lebih kurang 60 km.

Melawat tempat seperti ini disebut oleh Allah di dalam al-Quran untuk kita mengambil iktibar. Di dalam al-Quran Allah menyatakan:-

Katakanlah: "Berjalanlah kamu (di muka) bumi, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa.

Kita digalakkan pergi bukan untuk bersuka ria tetapi dengan 4 perkara:


via GIPHY

1. mengetahui sejarah kaum tersebut
2. mengetahui jenis penderhakaan mereka
3. mengetahui azab yang diturunkan
4. mengambil iktibar akan cerita tersebut.

Yang menarik di laut mati ialah ia menceritakan kepada kita mengenai kemurkaan Allah terhadap kaum Luth. Mereka telah mendustakan apa yang telah di sampaikan oleh Nabi Luth. Maka diterbalikkan bumi ini.

Kesan kemurkaan ini hinggakan Allah tidak membenarkan sesuatu makhluk pun hidup di dalamnya. Laut mati tidak berpenghuni. Ia tidak didiami oleh hidupan laut. Kandungan garamnya menyebabkan tiada hidupan yang boleh hidup.

Hal ini berlaku juga pada lumpur laut mati. Oleh kerana tanah di tempat ini telah Allah jadikan untuk menghapuskan makhluk yang tidak baik, Allah meletakkan juga pada lumpur laut mati kelebihan yang sama. Ia mempunyai khasiat untuk membuang perkara yang tidak baik dari diri kita seperti membuang sel-sel kulit yang mati. Ramai orang yang mandi di sini melumurkan muka dan badan mereka dengan lumpur di sini. Ada orang yang membuat produk kecantikan dari lumpur laut mati ini. Ia merupakan produk kulit yang terkenal di dunia sebagai produk hasil bumi yang dapat memperbaiki penyakit yang berkaitan dengan kulit.

Persoalannya sekarang, Laut Mati merupakan laut yang dilaknat Allah SWT, apakah hukum menggunakan air Laut Mati bagi tujuan diatas?

Dengarkan penjelasan Ustaz Azhar Idrus dibawah untuk menjawab persoalan ini:

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Tunggu apalagi, ayo kunjungi kami di updatebetting, dan daftarkan diri Anda
    deposit, mainkan dan menangkan taruhannya :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli