Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anak Atau Adik Sering Buat Perangai?, Lelaki Ini Kongsi Empat Sebab Utama Untuk Tidak Tengking Atau Pukul Mereka

Ditulis oleh Aisha Ratnila, 11 Apr 2018
No Comment

Anak-anak kecil memang sinonim dengan sikap gemar membuat perangai sekiranya ada yang tidak kena dengan mereka. Terutama sekali apabila keinginan mereka tidak dipenuhi, pasti akan ada sahaja perangai yang timbul.

Setiap kali anak-anak membuat perangai, pasti ibu bapa  mula 'naik darah' melihat perangai mereka dan akan memarahi, menengking mahupun memukul anak-anak tersebut.

Bagaimanapun, pendapat dan tips dari seorang lelaki yang dikongsikan di laman facebooknya agak berbeza dengan fahaman dan norma masyarakat tentang menangani anak kecil yang sering membuat perangai. Muhammad Ahmad mengutarakan empat sebab mengapa beliau berusaha untuk  tidak tengking,pukul anak atau adik yang kecil sekiranya mereka buat ‘perangai’.

Mari ikuti perkongsian ini dan semoga bermanfaat!


4 sebab kenapa saya berusaha tidak tengking,pukul anak atau adik yang kecil sekiranya mereka buat ‘perangai’.

1) Akan jadi ketagih. 

Mula-mula tengking kita harap mereka akan berubah, kali kedua kita tengking kita anggap mereka sudah degil sebab ulang kesilapan yang sama,ketiga kita tengking perasaan benci mula akan wujud dan kita akan mula bersikap ganas.

Sebab itu ada yang tengking dan sepak terajang anak. Kita akan mula jadi stess dan hilang kawalan emosi. Tengking dah la kuat,terkejut anak. Ada yang sampai menggigil sebab terlalu takut. Akhirnya kita akan menyesal tengok mereka,ketakutan,menderita,luka.


2) Akan beri kesan yang tersangat teruk kepada emosi mereka. 

Mereka mula tersangat takut kepada kita. Tiada keyakinan diri,akan mula tidak respect kita. Akan sembunyikan kesalahan mereka. Dan paling bahaya mereka akan mula memberontak dan bertindak kasar terhadap orang lain. Sebab itu kalau kita tanya budak kaki buli kebanyakkan dari mereka memang pernah ditengking,sering dipukul oleh ibu bapa.


3) Ini yang paling saya takut. 

Mereka yang dibesarkan dalam suasana sering ditengking,dipukul,tidak pernah dihargai,sentiasa dihukum,boleh jadi Mereka akan lakukan perkara yang sama terhadap isteri dan anak-anak. Boleh jadi mereka akan alami penyakit Major Depressive disorder(MDD) Pasti isteri akan terkejut kenapa suami tiba-tiba berubah. Terkejut tiba-tiba suami senang gila naik tangan,naik kaki ketika marah. Suami lagi terkejut kenapa isteri yang sebelum ini nampak pendiam,romantik,peramah akhirnya jadi ganas dalam mendidik anak-anak.

Nampak tak kesan jika kita sering tengking,pukul anak-anak. Sebenarnya kita perlu selami jiwa anak-anak. Jiwa mereka sangat sensitif dari perbuatan dan percakapan kita. Sangat kurang bertindak dari arahan. Jangan kita fikir anak-anak akan mudah ikut apa sahaja arahan kita,sebaliknya tunjukkan AKHLAK dan PERCAKAPAN yang baik ketika bersama mereka. Anak-anak mudah terdidik dari pemerhatian mereka terhadap kita.


4) Ia juga salah satu akhlak Nabi Muhammad s.a.w.

Betapa hari ini masyarakat perlu didikan cara Nabi muhammad s.a.w. Lihat hadith ini,Nabi s.a.w tidak pernah pukul atau tengking kanak-kanak (hadith ini saya belajar dari guru yang saya sayangi).

Apa kata annas bin Malik R.hu. Waktu ini umur beliau antara 10-11 tahun.

“Pernah suatu hari Rasulullah menyuruh saya ke pasar, Sebelum berangkat saya bermain dulu dengan anak anak lain dijalanan. Ketika sedang asyik bermain, saya merasakan ada seseorang yang berdiri dibelakangku sambil memperhatikanku dan menyentuh bajuku dengan lembut, lantas saya menoleh kearahnya, dan ternyata Rasulullah saw.

Sambil tersenyum beliau bertanya "kenapa belum berangkat lagi, wahai Unais?. Maka sambil tergopoh gopoh akupun menjawab," ya, saya akan berangkat sekarang wahai Rasulullah",

Demi Allah, selama sepuluh tahun saya berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w, tidak pernah sekalipun beliau memarahiku”.

Sumber- Muhammad Ahmad
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli