Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Allah Kan Baik, Tolonglah Bagi Abang Menang Game Level 7 Nie'', Anak Austime Itu Berbeza, Ujian Buat Ibu Bapa Terpilih

Ditulis oleh Sha Rossa, 3 Apr 2018

Ibu-bapa mana yang tidak risau apabila anak kesayangan disahkan menghidap autisme. Autisme bukanlah penyakit sebaliknya gangguan perkembangan otak yang menjejaskan kemahiran sosial dan komunikasi. Latihan dan pendidikan khas mampu merangsang sel-sel otak di bahagian yang terjejas.

Ada ibu bapa yang membayangkan anak itu bakal gelap masa depannya. Tetapi tidak kurang juga yang mengambil sudut positif menjadikan kejayaan ikon terkenal seperti Bill Gates, Tim Burton dan Lionel Messi sebagai pembakar semangat.

Perkongsian pengalaman oleh  Ainizal Abdul Latif, seorang ibu untuk anak yang menghidap autisme ini mungkin boeh dijadikan renungan buat ibu bapa lain yang 'terpilih' di luar sana. Mereka ini anak luar biasa yang dikurniakan Tuhan sebagai amanah untuk diuji.

Jom kita ikuti coretan beliau seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat. Selamat Hari Kesedaran Autisme untuk semua bunga-bunga syurga pilihan Allah !

Kau Untuk Syurga, Bukan Dunia.

" Ya Allah, tolonglah abang. Abang nak main game xxx ni, level 7. Tolong bagi bantuan supaya abang menang ya Allah. Allah kan baik, tolonglah abang. Abang mesti menang game ni. Kalau tidak habis semua senjata dan duit yang abang dah beli dan kumpul..Amin.."


Mama curi dengar bait-bait doa mu dari belakang. Mula-mula dengar rasa geram. Geram kerana mama rasa, kau menggunakan doa mu untuk memohon sesuatu yang tidak datangkan manfaat untuk mu. Tapi bila fikir semula, mama rasa insaf dan kurang bersyukur pula.

Bukan kah untuk 7 tahun belakangan ini, inilah perjuangan yang selalu mama minta pada Allah supaya di perkenan dan dipermudahkan?

Ya, mama berjuang sungguh mengajarkan anak autisme mama ini, agar pandai berdoa kepada Allah. Agar kau pandai mengangkat tangan merayu dan mengadukan walau sekecil masalah mu pada Allah.


Agar kau tahu, tiada kuasa lain dapat membantu mu kecuali Allah. Kau sudah mampu buktikannya apabila kau sudah pandai mengangkat tangan sendirian memohon doa diperkenankan walaupun hanya untuk kemenangan mu bermain game.

Hari ini mungkin keterujaan untuk memenangi level game itu menjadi cabaran utama mu. 10 tahun lagi, kau akan tahu sayang, ada terlalu banyak cabaran, ujian dan kekejaman dalam dunia sebenar yang kau akan hadapi di luar sana.

Mama hanya mahu kau percaya, dengan manusia kau akan sering kecewa. Tetapi untuk setiap satu kesukaranmu, kau perlu yakin dan tahu, kau bakal mendapat pertolongan Allah melalui doa mu.

Seperti bait-bait lagu Arjuna Beta, berdoalah sayang, kerana mama tak kan ada sentiasa. Satu masa jodoh kita di dunia pastinya sampai ke garis terakhir jua. Hari itu, mama mahu kau sedar bahawa kau hidup bukan kerana adanya mama.


Sebaliknya kau hidup atas rahmat dan kasih sayang tuhan mu. Percayalah, selama kau merasa tuhan mu ada, selama itu kau tidak akan pernah merasa hidup mu terkesan dengan celaan manusia.

Kau, yang sering di lihat kurang oleh manusia, namun sudah tentu syurga buat mu sudah siap ada. Jika perlu di hisab atas sedikit kesedaran yang Allah kurniakan, mungkin tidak akan di hisab seteruk kami yang nampak sempurna, tetapi hakikatnya penuh dengan cela dan dosa.

Kau dikurniakan untuk mengajar kami menghilangkan sifat ke 'aku' an dalam diri. Yang mengatakan anak-anak itu dari kami, ibu bapa mu sendiri. Nasib mu boleh dibeli dengan ego dan nafsu kami.

Sebaliknya kau menyuburkan sifat ke 'hamba' an kami. Supaya kami sedar kau adalah amanah yang Allah titipkan bagi menguji samada nikmat ini kami lalui dengan sabar dan syukur, atau ingkar dan kufur.


Bagi menguji kami cukupkah sandaran kami pada tuhan saat tiada satu makhluk pun dapat menjadi jaminan dalam menentukan nasib dan perubahan. Kerana tuhan bukan melihat pada keputusan, sebaliknya usaha dan ketakwaan kami ketika mendepani ujian.

Mungkin di dunia ini penuh pedih, kerana kau bukan di hadirkan untuk menikmati dunia, sebaliknya tempat mu adalah syurga. Dunia ini di lihat orang sebagai ujian bagi mu.

Namun hakikatnya ia adalah menjadi ujian bagi kami yang di amanahkan untuk menyantuni mu. Bagi semua masyarakat yang mampu atau tidak memahami perbezaan mu.

Untukmu dan semua kawan-kawan syurga mu yang dipilih Allah, samada kalian sudah mampu mengangkat doa, atau yang masih Allah simpan suara-suara kalian di syurga, bertahan lah untuk segala kesusahan dan ketidakfahaman yang kau terima sementara di dunia ini.

Kerana kau untuk syurga..bukan untuk dunia yang penuh prejudis dan segala macam ketidak adilan yang menyesakkan deria.

Selamat Hari Kesedaran Autisme untuk semua bunga-bunga syurga pilihan Allah..

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli