Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Alhamdulilah 2 Bulan Hilang Dah Jumpa Balik", Kisah Wanita Dedah Bagaimana Bantu Jejak Kembali Peranti iPhone Yang Hilang

Ditulis oleh farra vy, 12 Apr 2018


Umum kita tahu bahawa iPhone antara peranti mudah alih yang mempunyai ciri-ciri keselamatan di tahap paling tinggi sehinggakan sukar untuk orang menceroboh data anda walaupun dicuri jika ia ditetapkan dalam mode hilang atau kunci.

Ini adalah kerana, iPhone menawarkan kebolehan menjumpai kembali peranti yangh hilang melalui aplikasi Apple sendiri iaitu, Find My iPhone.

Fungsi Pada “Find My iPhone”

Location & Direction – membolehkan pengguna mengetahui lokasi peranti iOS anda samaada hilang, tercicir atau tersalah tempat. Ia turut hadir dengan sokongan integrasi aplikasi Maps untuk tujuan penunjuk arah jalan.

Play Sound – Sekiranya anda yang tersalah letak peranti iOS anda, boleh membuatkan ia mengeluarkan bunyi yang kuat, walaupun peranti berkenaan dalam keadaan Silent atau Muted.


via GIPHY

Lost Mode – Peranti anda boleh dikunci dengan kata laluan 4 angka, sekaligus membolehkan data didalamnya dilindungi, serta memaparkan sebuah mesej khas seperti memaparkan nombor telefon untuk dihubungi bagi mengembalikan peranti berkenaan.

Erase – Bagi yang kehilangan peranti, anda boleh memadam semua data didalam peranti berkenaan. Untuk makluman, lokasi peranti tidak boleh dikesan selepas ia dipadam. iOS 7 turut menyertakan sokongan Activation Locked dimana peranti iOS berkenaan akan dipadam dan tidak boleh diaktifkan semula melainkan memasukkan kembali kata laluan AppleID yang asal.
Perkongsian daripada Ernayanee Nur Julaimi ini boleh dijadikan sebagai panduan bagi pengguna iPhone untuk meningkatkan sistem keselematan peranti dengan mengikuti langkah-langkah seperti dibawah.  Jangan dah hilang nanti baru nak menyesal ya!

Alhamdulillah, hp yang hilang 2 bulan dah jumpa balik... hp kesayangan pula tu team de’xandra bagi.. orang yg terambil sudi pulangkan semula...

Salah satu kelebihan iphone , kalau hilang boleh block dan tulis mcm tertera...

Sangat susah orang nak pergi jual , buka iphone ader tulisan iphone ni lost... kene hubungi no tertera...

Nak cakap apa kepada pembeli atau kedai yg nak reset balik hp ni kan... sama ader pulangkan atau buang jer...

Terbuka hatinya nak pulangkan.. terima kasih Allah 


Caranya
1) melalui iphone orang lain , pergi ke Iphone finder
2) log in , email sendiri dan password
3) mula2 find location iphone tu, suami dah ikut orang tu sampai depan rumah siap keluar adress.. tapi at first tak mengaku.. jadi suami ketuk 4 rumah lainnya..
4) sampai kami detect bateri tu abis..
5) kami aktifkan lost mode dalam setting iphone finder.. automatic no yg tertera utk dihubungi adalah no iphone yg tolong find tu.
6) berserah.. banyak kali dier buka ho tu akn tertera mcm gambar di bawah.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Pasang Taruhanmu Malam Ini Hanya Di www(dot)updatebetting(dot)co
    Untuk Info Cara Daftar Silahkan Hubungi CS Kami Di Bawah Ini :
    BBM 7ACD8560, Whatsapp (+855) 979542957, Line Updatebetting

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli