Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Aduhai, Hanya Gara-Gara Senyum, Lelaki Teruk Dibelasah

Ditulis oleh Sha Rossa, 14 Apr 2018

Rasa seperti tidak masuk akal, namun itulah yang berlaku di Singapura. Gara-gara hanya satu senyuman seorang lelaki di sebuah kantin, pekerja asing itu cedera di muka selepas diserang menggunakan senjata.

Pelaku, Ganesan Thennarasu, 35, pada Jumaat semalam dipenjarakan tiga bulan selepas mengaku bersalah kerana mencederakan mangsa, Baskar Praveen, 26. Kedua-dua mereka merupakan warga India.

Menurut sumber, pergaduhan bermula apabila Baskar melihat Ganesan memberi senyuman padanya di sebuah kantin Tuas View Dormitory di Tuas South Avenue 1 pada kira-kira pukul 5.45 petang 1 September tahun lalu.

Dia berasa terganggu dengan senyuman itu lalu berlaku pertelingkahan kecil antara mereka. Baskar kemudian beredar bersama seorang rakan. Mereka kemudian mendapati Ganesan mengekori mereka.

Jelas sumber, kedua-dua lelaki itu pergi ke pondok keselamatan berdekatan dan seorang pegawai memberikan mereka amaran dan meminta supaya meninggalkan premis tersebut.

Ganesan kemudian mengeluarkan senjata dari poketnya dan melibas wajah mangsa beberapa kali.

Walaubagaimanapun, dokumen mahkamah tidak menyebut objek yang digunakan sebagai senjata ketika kejadian.

Wajah Baskar berdarah akibat serangan itu dan rakannya membawa dia kembali ke pondok keselamatan, sebelum pegawai bertugas menahan Ganesan dan menghubungi polis.

Baskar kemudian mendapatkan rawatan di hospital dengan kesan luka di bawah kelopak mata, muka dan bibir.

Mengikut sumber, individu yang didapati bersalah kerana mencederakan menggunakan senjata boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda, atau sebat.

Siakapkeli.my

Sumber : mStar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. Kalah melulu main di agen lain? Kecewa dengan agen tersebut?
    Coba main disini saja Upd4te Bett1ng

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli