Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

7 Rahsia Buat Para Ibu Menyusu Sambil Berpuasa Tanpa Masalah Susu 'Drop' Dan Kekal Bertenaga

Ditulis oleh farra vy, 16 Apr 2018

Bulan Ramadhan dah tak lama lagi.  Mesti ramai diantara kita sudah bersedia dengan pelbagai persiapan menjelang raya.  Pun begitu, bagi ibu menyusu, bulan puasa sedikit sebanyak memberi kesan kepada proses penghasilan susu badan.

Para ibu perlu memahami konsep supply dan demand dimana susu perlu diperah samada bayi menyusu secara terus atau tidak.  Ini penting kerana badan kita memerlukan signal (isyarat) iaitu meransang puting susu untuk dihantar ke otak bagi menghasilkan susu badan.

Jika tiada signal dihantar ke otak, maka badan tidak takdapat menghasilkan susu badan seperti biasa. Lama kelamaan susu badan akan semakin kering.  Walau susu dilihat berkurang, jangan putus asa, terus mengepam seperti biasa. 

Perkongsian daripada Ummi Najla ini juga turut menyertakan beberapa panduan berpuasa bagi ibu menyusu menjelang Ramadhan nanti.  Jika badan tidak tahan untuk teruskan puasa, sebaiknya berbuka kerana tekanan akan mempengaruhi penghasilan susu.  Jom baca tips yang dikongsi dibawah ini semoga bermanfaat!



TIPS BERPUASA BAGI IBU MENYUSU:

1. Waktu sahur, ambil makanan yang berat seperti nasi dan WAJIB makan kurma untuk bekalan tenaga yg lebih lama. Dan berusahalah untuk sahur pada masa yg lewat seperti dianjurkan supaya ibu tak terlalu lapar.

2. Selepas sahur (sebelum masuk subuh), boleh mengepam untuk sesi pertama. Dan sekiranya ada masa lagi sebelum azan, minumlah segelas air suam selepas mengepam.

3. Sesi mengepam lakukan macam biasa waktu bekerja (3-4 jam sekali). Disebabkan Kak Nad balik kerja pukul 2pm, jadi Kak Nad hanya mengepam 2x di tempat kerja.

4. Bila balik rumah, sekiranya betul-betul tak larat, boleh berikan EBM kepada baby (dengan bantuan suami atau orang lain).

5. Masuk waktu berbuka, makanlah kurma dahulu kerana kurma memberikan tenaga yang lebih cepat.



6. Minum air yang mencukupi pada waktu malam untuk menggantikan bendalir dalam badan yg telah digunakan. Bawa botol air sentiasa (sambil tengok tv/letak tepi katil) supaya mommies ingat sentiasa untuk minum. Ini adalah penting untuk pastikan bekalan air dalam badan mommies mencukupi sewaktu berpuasa keesokan hari.

7. Dan mommies boleh mengepam pada waktu malam untuk bekalan stok keesokan hari.

Dan ingatlah mommies tentang satu perkara: kalau susu mommies DROP sebenarnya bukanlah disebabkan faktor mommies berpuasa tu.

Tapi disebabkan mommies rasa letih terutama bila baru nak mula berpuasa dan menyebabkan hormon oksitosin (salah satu hormon susu) juga drop.

Jadi sangat penting untuk mommies kekal bertenaga, bersahur, minum air yang mencukupi sepanjang malam & kurangkan pengambilan makanan-makanan yang akan mengurangkan air dalam badan seperti; kafein, makanan yang terlalu berminyak, dan makanan pedas.

Ini sahaja tips dari Kak Nad. Kalau mommies nak share pengalaman mommies, sangat-sangat dialukan

SELAMAT BERPUASA!

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli