Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

7 Makanan Ini Memang Enak Dijamah Ketika Sarapan Pagi, Namun Kena Fikir Semula, Doktor Kata Sebenarnya Ia Tidak Baik Untuk Anda

Ditulis oleh Eddy Hassan, 14 Apr 2018

Kalau perut lapar, tengok apa pun rasa nak telan. Kalau pergi ke restoren tu, rasa nak pesan semua makanan yang ada dalam menu. Tak pun bila kita bangun daripada tidur di awal pagi, perut memang berbunyi la. Masa tu kalau kita buka peti ais, mana yang ada kita terus capai jela.

Tapi tahukah anda, sebenarnya ada banyak makanan yang anda tidak boleh makan ketika perut kosong kerana ia mampu menyebabkan anda mendapat sakit walaupun makanan yang anda ambil merupakan makanan yang tinggi khasiatnya.

Menurut Dr. Rupali Datta, perut juga perlu diberi masa untuk menjalankan fungsinya terlebih dahulu dan disarankan untuk mengambil sarapan pagi selepas 2 jam anda bangun bangun daripada tidur.

Ini adalah senarai makanan yang perlu anda elak daripada di jamah ketika perut anda kosong.

1. Makanan Pedas

Makan makanan pedas dan cili ketika perut kosong boleh menyebabkan berlakunya iritasi yang mendorong kepada tindak balas asid dalam perut dan kekejangan. Malah, cili turut boleh mneyebabkan berlakunya masalah pencernaan.


2. Makanan Dan Minuman Manis

Selama ini kita memang sering kali diberitahu bahawa memulakan pagi dengan minuman manis seperti jus buah-buahan memberi manfaat kepada badan. Namun ia adalah mitos belaka, Menurut Dr. Rupali,  memulakan pagi dengan segelas jus boleh memberikan tekanan yang berlebihan kepada pankreas yang baru sahaja memulakan operasinya setelah rehat panjang ketika tidur.

Ketika perut masih kosong, gula dalam buah iaitu frutoksa boleh menyebabkan hati anda terbeban. Apatah lagi jika anda makan makanan bergula ketika waktu pagi dengan perut kosong, ia lebih memudaratkan.


3. Minuman Bergas

Setiap daripada sudah pun tahu minuman bergas ataupun minuman berkarbonat seperti yang dijual di dalam pasaran mempunyai kesan yang amat buruk kepada kesihatan tubuh bdan. Begitu juga dengan perut anda jika anda memilih minuman bergas di pagi hari.

Dalam minuman gas sudah pun mengandungi carbonated acid, dan jika bercampur dengan asid-asid lain di dalam perut, ia boleh menyebabkan anda mendapat pelbagai penyakit antaranya nausea dan angin.

Perut anda menghasilkan asid untuk mencerna makanan sebagai tindak balas terhadap makanan yang sampai ke dalam perut. Jika anda tiada makanan, sebaliknya minuman yang mengandungi asid yang lalu dalam perut, anda hanya menambah jumlah asid sahaja.


4. Minuman Sejuk

Bagi sebahagian daripada kita, memulakan pagi dengan minuman sejuk memang sangat menyegarkan. Tapi nanti dulu, ia tidak sesegar mana pun, malah menurut pakar perubatan, minum minuman sejuk ketika perut kosong boleh merosakkan lapisan mukus di dalam perut dan memberi masalah kepada perut. Bayangkan kombinasi minuman manis yang sejuk, betapa teruknya tekanan yang terpaksa pankreas dan perut anda tanggung.

Oleh itu, anda disarankan mengambil minuman yang suam kerana selain dapat meransang sistem badan, ia juga dapat membangkitkan metabolisma badan.


5. Buah-buahan Sitrus

Buah-buahan tidak salah, tetapi yang salahnya adalah anda apabila makan buah pada waktu yang salah. Misalnya buah-buahan sitrus seperti buah oren. Buah-buahan sitrus mengandungi banyak asid sekaligus meningkatkan kandungan asid di dalam perut ketika perut kosong.

Satu lagi, anda juga disarankan untuk mengelak daripada mengambil buah-buahan tinggi fiber seperti jambu batu dan oren. Buah-buahan jenis ini akan melambatkan pencernaan di dalam perut kerana jumlah fiber dan frutoksa yang tinggi.


6. Sayuran Mentah

Ini adalah salah satu nasihat yang perlu diambil berat oleh golongan vegetarian yang menganggap salad adalah baik untuk dimakan pada bila-bila masa sahaja.

Menurut Dr. Rupali, sayurang hijau mentah mengandungi serat yang sangat tinggi sekali gus pengambilannya ketika perut kosong boleh menyebabkan perut menghadapi masalah untu mencerna. Antara sakit-sakit yang boleh dialami adalah seperti sakit-sakit pada abdomen badan dan kembung perut.


7. Kopi Dan Kefein

Tipulah kalau ada yang beritahu tak pernah minum kopi waktu pagi, kalau bukan penggemar kopi sekalipun, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, anda pasti pernah minum kopi pada waktu pagi.

Tambah-tambah kalau dah berusia sikitkan, apa kata anda pesan pada mereka yang gemar minum kopi di waktu pagi ini, nasihatkan mereka agar mengurangkan tabiat tersebut.

Minum kopi hanyalah menambah jumlah asid dalam perut. Kopi mampu meransang perembesan asid hidroklorik di dalam perut sekaligus memberikan masalah gastrik kepada sesetengan orang.


Sumber : Food NDTV
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. Kalah melulu main di agen lain? Kecewa dengan agen tersebut?
    Coba main disini saja Upd4te Bett1ng

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli