Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

62 Orang Telah 'Diserang' Rama-Rama Beracun, Orang Ramai Diminta Berwaspada - JKN Negeri Sembilan

Ditulis oleh farra vy, 11 Apr 2018

Jabatan Kesihatan Neger, Negeri Sembilan pada 6 April lalu telah mengeluarkan satu kenyataan media berkaitan kejadian serangan ulat bulu di Mantin, Seremban.

Dalam kenyataan media tersebut, Pengarah Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, Dr Zainuddin, memberitahu bahawa seramai 62 orang telah diberi rawatan berikutan kegatalan pada kulit.

Orang ramai diminta membaca kenyataan dibawah daripada Facebook milik Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan dan dinasihati agar mengambil langkah berjaga-jaga kepada setiap ahli keluarga kerana jika terkena pada mereka yang mengalami alahan, reaksi serius seperti susah bernafas boleh berlaku.





6 APRIL 2018
KENYATAAN MEDIA
PENGARAH KESIHATAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN

KEJADIAN SERANGAN ULAT BULU DI MANTIN SEREMBAN.
Satu surat dari Klinik Kesihatan Mantin telah diviralkan di dalam media sosial dimana surat itu telah dikeluarkan untuk kegunaan pihak PLKN Mantin sahaja bagi kejadian ulat bulu yg banyak di Mantin.

Kejadian ini boleh berlaku semasa musim pembiakan rama-rama tertentu dipokok berdaun tertentu. Ulat bulu ini jatuh ke tanah atau diterbangkan oleh angin ke premis kediaman manusia yang berdekatan contohnya kawasan perumahan atau sekolah .

Sehingga pagi ini, terdapat tiga lokaliti terlibat dengan kejadian ulat bulu dilampirkan adalah seperti berikut:

1. Pejabat KEMAS Seremban Kompleks Komuniti Desa Lot 1641/PT 744 Kampung Pantai, Seremban.

2. Sekolah Kebangsaan Pantai, Batu 8 Jalan Jelebu, Seremban

3. PLKN Seri Perkasa
Batu 8, Jalan Seremban Mantin, Seramban

Seramai 62 orang telah diberikan rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Mantin kerana mendapat kegatalan pada kulit. Tiada kes dimasukkan ke Hospital.

Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Seremban telah menjalankan evaluasi keadaan dan disusul dengan tindakan kawalan hari ini pada lokaliti terlibat.

Saya nasihatkan jika sesiapa yang terkena ulat bulu ini dan alahan berlaku seperti kegatalan boleh dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan. Mereka yang mempunyai sejarah alahan mungkin mempunyai reaksi yang serius seperti alahan seluruh badan , susah bernafas perlu segera dapatkan rawatan.

Kejadian pembiakan rama-rama yang banyak ini boleh berlaku dimana sahaja dan kebiasaannya bermusim.

Terima kasih.

DR ZAINUDIN BIN MOHD ALI
PENGARAH KESIHATAN N.SEMBILAN

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli