Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

300 Troli Penuh Barang Dibiarkan Sebaik Tahu Berita TMJ Belanja Orang Pontian Adalah Palsu

Ditulis oleh farra vy, 12 Apr 2018
Kecoh hari ini apabila orang ramai memenuhi ruang pasaraya Econsave, Pontian seawal 10 pagi tadi kerana ingin menunggu kehadiran TMJ bagi membayar segala perberlanjaan pelanggan.

Pun begitu, menurut laporan, berita kehadiran Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu telah disahkan palsu.  Dianggarkan lebih 1,000 orang berkerumun untuk memenuhkan troli mereka seperti mana yang berlaku di Aeon Mall Tebrau City di Johor Bahru, semalam.

Fenomena kesesakan di pasaraya ini berlaku apabila satu pesanan suara tidak dikenali identitinya mendakwa kononnya Tunku Ismail akan berada di setiap daerah negeri untuk belanja rakyat dan membawa RM100,000 ke Econsave Pontian pada 12 tengah hari, hari ini.

Banyak troli yang dipenuhi barangan ditinggalkan berselerak begitu sahaja sebaik menerima berita kedatangan TMJ itu palsu.  Pengurus Econsave, Mas Imran Adam berkata, dianggarkan lebih 300 troli yang penuh dengan pelbagai barangan dibiarkan begitu sahaja di dalam pasar raya berkenaan.

Fenomena kesesakan di pasaraya ini berlaku apabila satu pesanan suara tidak dikenali identitinya mendakwa kononnya Tunku Ismail akan berada di setiap daerah negeri untuk belanja rakyat dan membawa RM100,000 ke Econsave Pontian pada 12 tengah hari, hari ini.

Tidak cukup dengan itu, lelaki itu juga mendakwa yang Tunku Ismail akan memberi RM200 kepada setiap keluarga yang hadir.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli