Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

19 Barang Dalam Rumah Yang Korang Tak Tahu Sebenarnya Ada Tarikh Luput

Ditulis oleh farra vy, 15 Apr 2018
2 ulasan

Perkongsian daripada Impiana kali ini memberitahu anda 20 barangan yang perlu anda tahu akan tarikh luputnya.  Mungkin ramai diantara kita yang selama ini tak ambil kisah, tapi artikel ini WAJIB baca sebagai rujukan untuk masa akan datang.  Penting tau ni!  Antaranya adalah:

1. Bantal - Luput Antara 2-3 Tahun 

Bantal apabila mencecah usia penggunaannya selama 2-3 tahun, ia akan mula menjadi tempat pembiakan bakteria dan kuman.  Secara tidak langsung ia menjadi punca utama kesihatan anda.  Walau mahal mana pun bantal yang dibeli, bila sampai tamat tempohnya, sebaik-baiknya dibuang.



2. Selipar - Luput Dalam Masa 6 Bulan Sahaja

Selipar adalah habitat paling sempurna untuk fungus.  Walaupun tempoh luputnya 6 bulan, saat pertama kali selipar itu menjejakkan tapaknya ke tanah, bakteria sudah mula membiak.  Oleh itu pastikan selipar anda dibasuh secara kerap, serta cukup 6 bulan, ia perlu diganti baru.


via GIPHY

3. Span Mandi - Luput Dalam Masa 2 Minggu Sahaja

Bila hari-hari dah sental badan, pastilah banyak bakteria-bakteri yang disisihkan daripada badan melekat ke span tadi.  Oleh itu, cara terbaik adalah untuk menukar span mandi anda 2 minggu sekali atau dengan merendamkannya kedalam air panas menggelegak bagi tujuan memusnahkan bakteria.



4. Tuala - Luput Antara 1-3 Tahun

Walaupun anda membasuh tuala secara kerap, masalah bakteri tetap tidak dapat diselesaikan, oleh itu, apabila tiba masanya, maksima 3 tahun penggunaan, tukarlah pada tuala yang baru.


via GIPHY

5. Berus Gigi - Luput Dalam Masa 3 Bulan Sahaja


via GIPHY

Ini mesti ramai yang buat kan?  Berus gigi harus diganti dalam masa 3 bulan sekali atau setelah anda baik daripada batuk atau selesema.  Jika tidak, penyakit yang sama akan berulang kembali kerana bakteria tadi menguasai berus gigi anda.

6. Hydrogen Peroxide - Luput Dalam Masa 2 Bulan Sahaja

Selepas anda membuka botol yang mengandungi bahan hydrogen peroxide, hanya 2 bulan saja kandungan didalamnya akan aktif.  Selepas 2 bulan, cecair tersebut menjadi air biasa.  Pun begitu, jika ia tidak pernah digunakan dan masih ditutup rapi, ia mampu bertahan lebih daripada tempoh 1 tahun.



7. Sikat Rambut - Luput Dalam Masa 1 Tahun Sahaja

Sebaiknya sikat dibasuh dengan air panas 1 minggu sekali dan diganti setiap 1 tahun.



8. Minyak Wangi - Luput Antara 3-4 Tahun

EDP mengandungi essential oil yang hanya mampu bertahan selama 3 tahun didalam bekas kedap udara.   Namun bagi EDT, ia mampu bertahan selama 4 tahun.


via GIPHY

9. Puting Bayi - Luput Dalam Masa 2-5 Minggu Sahaja

Puting wajib diganti setiap 5 minggu, tidak kira keadaannya masih elok atau tidak.


via GIPHY

10. Child Car Seat - Luput Antara 6-10 Tahun

Selepas tempoh ini, struktrur car seat akan mula rosak terutama pada bahagian span.  Ini bermakna ia tidak lagi selamat digunakan.



11. Bra - Luput Antara 1-2 Tahun

Pun begitu, apabila struktur bra tidak lagi selesa untuk dipakai seperti bentuk asal, ia petanda anda wajib menukarnya tanpa perlu menunggu selama tempoh 1 tahun.


via GIPHY

12. Kasut Sukan - Luput Sebaik Struktur Berubah


via GIPHY

13. Rempah-ratus - Luput Antara 1-3 Tahun

Rempah-ratus seperti kayu manis, lawang, cengkih dan pelaga akan mula hilang rasa dan aroma bila disimpan lebih dari 1-3 tahun.  Berbeza bagi rempah yang telah diproses menjadi serbuk, tempoh luputnya lebih cepat iaitu selama 6 bulan.



14. Tepung - Luput Dalam Masa 6-12 Bulan 

Apabila melebihi tempoh luput, tepung akan mula dihadiri parasit dan ulat tepung (kutu).



15. Pemadam Kebakaran - Luput Dalam Masa 15 Bulan 

Jika terdapat sebarang kerosakan pada pemadam seperti retak, berkarat dan klip patah, ia perlu diselenggara dengan kadar segera.


via GIPHY

16. Penyambung Elektrik - Luput Antara 1-2 Tahun



17. Penyembur Pembasmi Kuman - Luput Dalam Masa 3 Bulan

18. Pencegah Nyamuk - Luput Dalam Masa 2 Tahun

19. Power Soket - Luput Dalam Masa 4-5 Tahun

Walaupun tiada tarikh luput, namun pakar menasihati agar ia diganti setiap 4-5 tahun bagi mengelakkan masalah litar pintas.  Bila power soket mula keras atau sukar ditekan dan berwarna, ia wajib diganti.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli