Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ya, Anak Saya Mangsa Cabul Syaitan Ini", Wanita Dedah Kegiatan Keji Guru Tuisyen Dan Kecewa Suspek Tak Dikenakan Sebarang Tindakan Susulan

Ditulis oleh farra vy, 2 Mac 2018
3 ulasan
Gambar Hiasan
Lagi kes melibatkan Paedophilia.  Kanak-kanak yang naif ini sekali lagi menjadi mangsa lelaki ketandusan nafsu dan diselubungi bayang-bayang syaitan.  Tergamak bagi orang dewasa masih waras, berpendidikan tinggi dan mempunyai keluarga mencabul kehormatan anak orang lain.

Ada segelintir masyarakat yang masih tidak faham kesannya terhadap anak-anak ini.  Azza Ahmad, ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun menceritakan pengalamannya sendiri berhadapan dengan Paedophilia. 

Lama fikir pasal ni. should i post it or not. it’s not easy. but i think i should to protect our children from predators. sorry sgt2 mmg tak dapat nak reply semua whatsapp, telegram dan messenger dr cousins dan kawan2. mmg nak masa untuk bertenang dan sendiri, nak masa untuk kuatkan dan teman my one and only daughter.

so here it goes. ramai yg tanya, what happened to my daughter since my late post about pedophilia. to answer all the questions, my answer is..

YES. anak saya salah seorang mangsa syaitan ni.
Kes ni berlaku di tempat tuition dia, dekat2 area rumah jgk. my daughter(10y) told me on saturday night yang cikgu tuition dia “did something not right” to her masa class petang tu. starting with weird acting like sucking lollipop, the predator making an excuse to touch her face by saying “ada taik mata, ada taik hidung” and wipe with his hand.
then dia rasa someone touch her. from knee, thigh and then tummy for 3-4 times (panties pun dah pegang tp belum sentuh miss V). siap tarik kerusi anak dr bawah meja untuk lebih dekat dgn dia, nak senangkan kerja2 mencabul dia.
luckily my daughter know how to handle the situation by saying “geli lah cikgu” when the predator put his hand on her tummy and covered her lap so he couldn’t touch her miss v.
habis class, si predator ni konon nak ambil brg, tp dia peluk dr blkg, letak lengan dia atas bahu, sandarkan blkg anak saya pd badan dia.
bila tny dia kenapa tak jerit dlm class, die takut. wife cikgu ada mengajar group blkg tp dia takut takda org akan percaya ckp dia, sbb cikgu ni jenis yg nampak "beragama", dahi hitam, janggut panjang and berkopiah. nenek (mak cikgu) pun ada kat dapur masa tu.

Gambar Hiasan


Bila dia cerita menangis takut, dia peluk kuat, cuma mampu peluk dia istighfar je. anak mintak maaf berkali, tp terangkan pd dia yg itu bukan salah dia. i didn’t cry but my heart is broken and shattered into a million pieces! but most important is he didn’t touch the private part, dia baru nak cuba2 pegang. maybe die nak tgk reaction bdk ni mcmana. kalau next week dtg tuition lg, mungkin die lebih berani sentuh lebih ‘jauh’ sbb dia rasa yg anak ni ok and tak cerita pd parent.

To make it short, jd kes polis. saya tunggu luar sementara si predator dan isteri disoal-siasat. tak lama, lebih kurang 5-10min insp keluar, dia senyum dan bgtau “dia mengaku”. 5min after sarjan keluar dan bgtau yg sama, “dia mengaku tapi die nak jumpa awak.” alhamdulillah, lega sgt2 rasa. dipermudahkan kerja. tp memang taknak jumpa dia, jijik, marah dan takut hilang pertimbangan.

IO dah mcm jatuh kesian pd si predator ni, dia kata, “dia ada masalah rumahtangga, masalah dgn bini dia, main seminggu sekali je mcmana? Anak dia sakit lagi..”

Tiba2 wife dia keluar dr bilik and terus duduk sbelah, menangis mintak maaf, katanya.. tak sangka 2thn anak tuition jd mcm ni, (last year wife dia ajar, suami dia baru ajar 3x tahun ni), dia kata semua ni pun salah dia jgk sbb masalah rumahtangga, anak sulung ada sawan dan mcm2 masalah lg la. dia mintak maaf pd anak, memang kesian jgk tengok wife dia, tak sampai hati and kita ni taklah kejam sgt nak letak orang berpuluh tahun dalam jail. plus dia ade anak kecik 2org, the 1st one 3-4thn, katanya ada sawan, 2nd still baby. actually masa tu memang dah 50-50. fikir kesian anak dia je. discuss dgn yg handle kes ni, dgn abah (ex-fil) n kawan, still tak dpt decide. 50-50. rasa kesian. then ex-sil call, tny progress and cerita lah kat dia. “tu dia punya pasal la, masalah rumahtangga die takda kena mngena dgn kita. sape suruh die buat tak fikir dulu semua tu. akak dah penat2 duduk sana 1hari, dgn mia melalak2, takkan nak biar je.”
yes, true indeed. knape nak kena fikir psl anak2 dia sdgkan masa dia buat takda fikir psl anak siapa dia lampiaskan nafsu setan tu. lgpun mmg dah penat bertapa dari tengahari kat IPD tu. letak phone terus jumpa IO and said “ok, proceed.” terus balik, taknak tunggu lg sbb takut tukar fikiran tgk wife dia menangis.



Si Durjana Penunggang Agama ni dlm reman 4 hari (3+1) and keluar atas jaminan polis. saya mmg ade tulis setiap update, call in and call out sepanjang proses kes ni untuk memudahkan kerja. so saya paste lah kat sini sikit2.

20 Jan-

Hari kejadian

21 Jan –
  • Lepas attend taklimat sekolah, terus jumpa guru kelas and cerita pd dia, mintak izin sekolah untuk bawak anak keluar awal untuk pergi buat report. cerita kejadian mcm kt atas tu.
23 Jan-
  • IO call dlm tengahari, maklumkan yg predator ni dlm tahanan reman 3hari, dan mungkin akan disambung tempoh reman lg 3hari sehingga kertas siasatan siap. dia akan call lg nnt untuk update kes.
28 Jan-
  • NO update. dah 5hari since the last call yg maklumkan tempoh reman tu.
  • Anak pulak MC seminggu since kes tu, demam tiba2. maybe terkejut dan takut sgt. mimpi buruk n menangis hari2, mood upside down, kadang ok kadang marah, kadang nangis.
  • Call IO tny psl kes ni. IO kata dia akan call saya esok.
29 Jan-
  • IO call inform yg:
  • Kes ni positive
  • Kes dah diserah pada DPP dan keputusan dlm seminggu.
4 Feb-
  • Mintak tolong org kuat Permai Hospital Edd Rashid nak bawak anak jumpa Pakar Psikologi / Kaunseling kat sana. so lepas anak blk sekolah terus pergi Hospital. tapi tak dpt jumpa Doctor, dorang arahkan untuk buat pemeriksaan dulu dekat HSA then mintak surat rujukan to Permai.
14 Feb-
  • After lunch pergi HSA with my good friend Faliq Raja Adam, dia yg push suruh cepatkan proses, taknak biarkan si predator tu senang2 and bebas. 
  • Register dekat emergency, dpt Star Case. which is takpayah nak tunggu turn number, terus dipanggil masuk dlm private room and jumpa Doctor.
  • Doctor suruh jumpa Kaunseling dkat HSA
Lepas cerita dgn Kaunselor, dia bg 3 option:

1) Jumpa Pakar Psychology dkat HSA, tp dia tak galakkan sbb HSA tak hanya focus pd kanak2, dia campur dgn adults, so masa menunggu mungkin lebih lama.
2) Jumpa Child Psychiatrist dkat Permai Hospital, dorang ada Pakar khas untuk Kanak2.
3) Kauseling dekat JKM.
  • Obviously mmg pilih Child Psychiatrist.
  • Lepas settle dekat HSA terus call IO tanya update, sbb dah 2 minggu memandangkan haritu dia kata DPP akan bg result dlm seminggu je. jawapan IO,kes DPP belum bg Polis blk, mmg biasanya akan ambil masa yg lama sbb kes kanak2 ni bukan DPP biasa yg handle, tp kena review dgn Timbalan atau Pengarah DPP tu sendiri. k.
  • Mintak tlg Ein lg untuk set kan appointment with Child Psychiatrist kat Permai. so appointment on 22 Feb with Doctor Farah.
15 Feb-
  • IO call inform yg dah dpt result dr DPP, dia suruh dtg IPD esok untuk discuss.
16 Feb-
  • IO call bgtau suruh dtg malam, dia kena pergi Muar sbb ada kes. atau nak bincang dlm phone. so decide untuk discuss dlm phone. 
  • Dia bacakan result dr DPP yg mengatakan kes ni ditutup sementara, sbb takda bukti kukuh, takda saksi, then ada isteri, mak si predator ni. dan jugak ada kawan2 anak yg tuition sekali. 
Lebih kurang maksud dia mcm takkan sorang pun tak nampak yg si predator ni cabul anak.
and alasan dia bg dia cuma pegang atas peha anak, konon untuk dekatkan and nak mesra dgn pelajar. padahal dia dah masukkan tgn dalam baju!
  • 2 alasan plg bijak pernah dengar seumur hidup. takkanla si predator tu naif sgt nak cabul bg org lain nampak, kan tak masuk akal.
  • Nangis jgkla, sedih bila rasa tak dpt perjuangkan hak untuk satu2nya anak. tak dpt nak jd Hero dia, tak dpt nak bela nasib dia. mcm2 rasa ada.

22 Feb-
  • Appointment at 8am. tp Doctor Farah takda, ada hal kat luar. so Dr lain ambik alih. after ½ an hour interview, Dr sahkan yg anak ni PTSD (post traumatic stress disorder) and ada symptom DISTRESS. dia call Dr Farah and discuss, Dr Farah suggest untuk start medication to help her reduce her stress but I want to wait until next appointment. tgk progress dia dulu mcmn sampai next appointment 6 March nnt.
  • Mlm tu call IO lg, bgtau dia perkembangan anak. dia kata kes dah ditutup and DPP dah bgtau mcmtu mmg susah and bla3. dia kata die akan tanya boss dia, atau nak jumpa boss dia sendiri. so setuju untuk jumpa boss dia, IO akan call ahad nnt (25 Feb) untuk bg date.
1st March-

Which is today. sampai ke harini takda call pun.

Kes dah sebulan lebih. kalau mcmni punya cerita, mmg PARA PENCABUL BEBAS kat Malaysia ni. pencabul ditutup kesalahan dan dibela, bg je reason ada masalah rumahtangga, isteri tak cukup bg nafkah batin, anak sakit then kau boleh BEBAS.



Anak saya mmg hari2 menangis, selalu bgtau dia stress, baju and slipper yg dia pakai masa pgi tuition tu pun dia dah taknak pakai lg. anything that related dgn hari kejadian dia ingat n mmg ganggu focus dia. contohnya meja tuition, pen, even dgn cikgu lelaki kat sekolah pun dia paranoid. atok dia pegang pun dia dah takut n bg alasan dia geli.
and byk lg kejadian pd anak, nak tulis pun tak larat. dia tak boleh sorang2, dia akan nangis and selalu cakap dia tak kuat nak hadap semua ni. dia kena berkawan, bila ada kawan dia akan ok sikit.

Kalau lambat sgt mmg ingat nak rujuk pd Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Saya sendiri ada buat homework and research sikit psl kes ni. cari and baca byk2 topik ni. saya highlight sikit tentang akta kanak2 yg saya dpt dkat KPWKM.

UNDANG-UNDANG KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017

Bahagian IV (m/s 11-12)


KESALAHAN-KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN AMANG SEKSUAL

Amang seksual fizikal atas kanak-kanak

15. Mana-mana orang yang, bagi maksud seksual—

(a) menyentuh mana-mana bahagian badan seseorang kanak-kanak;
(b) membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan orang itu atau bahagian badan mana-mana orang lain;
(c) membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak itu sendiri; atau
(d) melakukan apa-apa perbuatan lain yang melibatkan kontak fizikal dengan seseorang kanak-kanak tanpa persetubuhan,

melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.

Huraian—Perbuatan menyentuh boleh melibatkan perbuatan menyentuh dengan menggunakan mana-mana bahagian badan atau dengan suatu objek dan boleh dilakukan melalui apa-apa termasuk apa-apa yang dipakai oleh orang yang menyentuh atau kanak-kanak yang disentuh.

Bahagian V (m/s 13-14)

ORANG YANG MEMPUNYAI PERHUBUNGAN AMANAH

Orang yang mempunyai perhubungan amanah

17. (1) Jika seseorang yang melakukan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kesalahan di bawah Jadual terhadap seseorang kanak-kanak, mempunyai perhubungan amanah dengan kanak-kanak itu, orang itu hendaklah, sebagai tambahan kepada hukuman yang dia boleh dikenakan bagi kesalahan itu, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada dua sebatan.

(2) Dalam seksyen ini, seseorang dikatakan mempunyai perhubungan amanah dengan seseorang kanak-kanak jika kanakkanak itu berada di bawah pemeliharaan, pengawasan atau kuasanya, termasuk tetapi tidak terhad kepada—

(a) ibu atau bapa, penjaga atau seseorang yang mempunyai hubungan persaudaraan melalui pertalian darah seibu sebapa atau pertalian darah seibu atau sebapa, atau melalui perkahwinan atau pengangkatan, termasuk pengangkatan de facto;
(b) seseorang yang mengasuh seorang kanak-kanak atau lebih bagi balasan berharga bagi apa-apa tempoh masa;
(c) guru, pensyarah atau warden sesuatu tadika, sekolah, institusi pengajian tinggi awam atau institusi pengajian tinggi swasta;
(d) mana-mana orang yang menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan di kemudahan jagaan kesihatan Kerajaan atau kemudahan jagaan kesihatan swasta sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586];
(e) jurulatih; dan
(f) pekhidmat awam dengan apa jua pangkat dalam menjalankan kewajipannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkenaan dengan kanak-kanak.

Bahagian VI (m/s 14-15)

KEBOLEHPERCAYAAN DAN KETERANGAN SAKSI KANAK-KANAK


Anggapan kebolehpercayaan saksi kanak-kanak

18. Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis, dalam apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan di bawah Jadual jika mangsa ialah kanak-kanak, seseorang kanak-kanak dianggap kompeten untuk memberikan keterangan melainkan jika mahkamah berpendapat selainnya.

Keterangan saksi kanak-kanak

19. (1) Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam undang-undang bertulis, dalam apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan di bawah Jadual jika mangsa ialah kanak-kanak, mahkamah boleh membenarkan keterangan tanpa sokongan seseorang kanak-kanak, yang diberikan dengan sumpah atau selainnya, diterima.

(2) Mahkamah, sebelum membenarkan keterangan tanpa sokongan kanak-kanak diterima di bawah subseksyen (1), hendaklah menentukan bahawa kanak-kanak itu memiliki kecerdasan yang mencukupi dan memahami kewajipan untuk bercakap benar.



So keterangan anak mmg boleh diambil kira. ada akta untuk melindungi kanak-kanak dan akta ni diperbaharui last year. kalau dorang ambik jalan mudah tutup kes ni dgn alasan2 yg tak boleh diterima akal sdangkan si PENCABUL ni terus BEBAS dan jalan hidup dia mcm biasa mcm takda apa2 yg jadi, benda ni mmg tak adil la. mangsa pulak alami stress, yg paling takut sekali simptom distress dah ada, mmg kena jaga2 dan selalu ada dgn dia.

Mungkin dianggap kes kecil sbb BELUM lg pegang, bukak atau seluk atau memasukkan jari/sesuatu ke dlm alat sulit, tu yg dorg anggap benda ni takda apapa and nothing serious. kau nak tunggu bdk tu kena rogol baru nak take action? time tu mmg dah tak gunalah! malas nak cakap byk, pdhal mmg dah byk pun ckp kan.. tp sebagai seorang ibu dan superhero kepada anak saya ni, saya takkan biarkan kes ni diam je and si predator ni bebas jalani hidup dia mcm biasa. NO WAY!

Mungkin si predator ni dah twist statement last minute dr pengakuan asal. so takboleh nak salahkan Polis and DPP jgk. dorang ada law takboleh nak paksa/pukul untuk dptkn rekod pengakuan. dr mengaku buat kepada ‘just pegang atas peha’. so pihak berkuasa tak dpt nak buat apa2.

Terima kasih byk2 pd kawan2 yg byk tolong, Edd Rashid, Faliq Raja Adam, Fatima Al Ahmad, Rayqal Irena, Yana Iana, cikgu kelas anak saya and PKHEM sekolah, ex-family in law dan siapa2 yg terlibat. thanks a lot!

And parents, please teach your children about their private parts, what is right and what is wrong, who can touch them and who can’t. yg boleh pegang just ibubapa shj, itu pun bergantung situasi. remind your kids how to protect themselves. teach them how to make an excuse and what to do when something happened to them.

To family and friends, kalau jumpa anak saya TOLONG JANGAN TANYA benda yg dah jadi pada dia.
PLEASE!
Taknak dia ingat2 benda ni. things might go from bad to worse for her. dia kecik lagi nak hadap benda mcm ni. but hopefully dia kuat. tgh gigih nak tlg dia delete bad memory dia ni.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "