Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Waris Masih Hidup, Saudara-Mara Yang Dicari," Cucu P.Ramlee Luah Rasa Kecewa, Dakwa Waris Sering Dipinggirkan Jika Ada Isu Berkaitan Datuknya

Ditulis oleh seventeen century, 6 Mac 2018

6 Mac - Bukan orang Malaysia jika kita tidak mengenali nama seniman agung Tan Sri P.Ramlee. Seniman yang tiada galang gantinya. Karya-karyanya masih lagi segar hingga ke hari ini.

Bahkan, sebelum Allahyarham pergi meninggalkan kita semua, beliau pernah berkata, ‘Aku mati nanti, tetapi aku akan hidup 1,000 tahun lagi.' Maka benarlah apa yang dikatakan oleh beliau, hasil karya seninya tidak pernah hilang malah, masih lagi kerap ditayangkan di televisyen.

Namun, disebalik cerita indah tentang Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, salah seorang waris sah P.Ramlee, Najua P.Ramlee yang dikatakan salah seorang cucu kepada seniman agung itu meluahkan perasaan beliau tentang bagaimana industri seni 'melayan' waris-waris P.Ramlee dan tidak pernah dijemput dalam mana-mana majlis yang berkaitan.

Menurut beliau yang berkongsi satu artikel dari Harian Metro yang bertajuk 'Duta Jepun Peminat Tegar P.Ramlee.' Dalam artikel itu anak saudara Saloma yang mengiringi Duta Jepun itu untuk menziarahi kubur P.Ramlee dan bukannya waris terdekat.

Harian Metro
Perkara sebegini yang membuatkan cucu seniman agung itu terasa hati. Kenapa bukan waris-waris yang masih bernafas dan masih sihat dipanggil untuk perkara sebegini. Tambah Najua lagi, bukan duit yang mereka harapkan, cuma ada sesetengah perkara sepatutnya dipanggil waris yang terdekat untuk mewakili Alahyarham.

Berikut adalah luahan hati Najua.

Wow. Saya one of waris pon xtahu menahu hal ni.. haih kesian kami yg generasi muda kekadang dipandang kecil. Waris masih hidup, saudara mara yg dicari. Tak apalah kami kan anak muda yg tak tahu apa2. lately ni saya rasa mcm2. 

Anjuran itu ini yg berkaitan tapi tak diundang. Orang sesuka hati menggunakan khazanah yg terpelihara tanpa kebenaran. nak buat nak tukar sesuatu pengiktirafan yg besar tapi mengetepikan kami sebagai waris yg masih bernafas lagi. 

Perhatian : Kami tak minta wang walau se sen pon bukan duit yg kami nak, kerana kami ada otak dan pandai cari duit dengan bekerja bukan minta simpati or sedekah. Maybe dulu arwah babah pon rasa sedemikan juga agaknya.. xpelah kita kan hanya cucu, anak kecil walaupun umur menjangkau pertengahan 30an. 

Seorang wartawan hiburan, Zuan Azmi telah memuat naik screenshot luahan hati ini ke laman Facebooknya dan terdapat seorang bekas penulis berita, Dwan Inzaghi telah mendapatkan pengesahan daripada Rozita (Anak saudara Saloma), dan telah menjelaskan perkara yang sebenar. Ini respon Najua tentang perkara itu.


 Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "