Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) "Rasa Panas, Gatal Dan Pedih, Bila Garu Kulit Akan Koyak Dan Berdarah," Hilang Punca Pendapatan, Lelaki Ini Hidap Penyakit Kulit Sejak Usia 15 Tahun

Ditulis oleh seventeen century, 15 Mac 2018

15 Mac - Baru- baru ini tular di media sosial dan juga media cetak seorang lelaki yang menghidap penyakit kulit yang sangat kritikal. Namun, tidak ada sesiapa yang meminta untuk diuji sebegini dan tiada siapa yang mahu hidup dengan penyakit sebegini.

Itulah yang ditanggung oleh Mohd Hanif Fadhil Bin Mohd Sofian apabila beliau disahkan menghidap penyakit psoriasis sejak berusia 15 tahun lagi.

Menurut Natipah Abu yang berkongsi maklumat tentang keadaan Hanif menerusi Facebooknya, pada awalnya penyakit ini kelihatan seperti ruam panas yang naik di beberapa bahagian badan sahaja. Namun, sejak dua tahun lalu, ruam itu mula naik dan memenuhi seluruh badan dan kulitnya mula menjadi tebal dan bersisik.

Apa yang dikatakan oleh doktor, penyakit ini disebabkan genetik dan harapan untuk sembuh amatlah tipis. Hanif yang dulu mengusahakan perniagaan minyak wangi bersama isterinya juga terpaksa gulung tikar.

Hanif juga terpaksa akur dengan ketentuan Illahi apabila jodohnya bersama isterinya tidak berpanjangan kerana dia sudah tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.

Jom ikuti perkongsian Natipah Abu tentang penyakit Hanif ini. Semoga bermanfaat dan jika ada rezki berlebihan mungkin kita boleh membantu serba sedikit meringankan beban Hanif sekeluarga.


MOHD HANIF FADHLI BIN MOHD SOFIAN ( 30 THN ).
PSORIASIS ( SAKIT KULIT KRONIK ).
SUMBANGAN : MBB 162740105797 MOHD HANIF FADHIL BIN MOHD SOFIAN.
@
MBB 114392021210 MASTURAH OTHMAN - IBU HANIF.

Hidup kita ini sememangnya penuh dgn ujian dan ujian yg datang adakalanya kita rasa tidak tertanggung oleh jiwa dan raga namun kita harus sedar .. hakikatnya adakalanya juga , ujian kita itu tidaklah setara mana berbanding dgn ujian yg ditanggung oleh saudara kita yg lain di luar sana.


Hanif. mula mengidap psoriasis ini sejak berusia 15 tahun namun segalanya terkawal sehinggalah menjadi kronik sejak dua tahun lalu.
Pada awalnya penyakit ini kelihatan spt ruam panas yg naik di beberapa bahagian badan sahaja . 

Namun sejak dua tahun lalu .. ruam itu mula naik dan memenuhi seluruh badannya. Kulitnya pun menjadi tebal dan bersisik. Menurut doktor. penyakit ini adalah disebabkan genetik dan harapan utk sembuh amatlah tipis.

Penyakit ini menyebabkan kulit rasa panas, gatal dan pedih. Apabila digaru. kulitnya akan terkoyak dan berdarah.  
Pergerakannya pula sgt terbatas kerana kesakitan dan kepedihan yg amat sangat. Pergerakan yg berlebihan juga akan menyebabkan kulit hanif terkoyak.

Akibat penyakitnya ini. Hanif selalu keluar masuk hospital. Dia yg dulunya mengusahakan perniaagaan minyak wangi bersama isterinya terpaksa gulung tikar. Dia juga terpaksa akur dgn kehendak takdir apabila terpaksa menerima hakikat bahawanya jodohnya dgn isteri telah berakhir setelah dia tidak mampu lagi menjalankan tanggung jawabnya.

Ekoran penceraian itu. dia dilanda masalah kemurungan yg teruk. Hilang keyakinan dan semangat utk meneruskan kehidupan. Mujurlah kasih seorang ibu tidak pernah ada sempadan dan akhiran. Ibunya, Pn Masturah Binti Othman, setia menjaganya siang dan malam.
Kini, dia menumpang teduh di rumah adiknya, Bukhairi Mohd Sofian ( 28 thn ) di Nilai kerana sudah tidak mampu lagi membayar sewa rumah.

Ibunya tidak bekerja kerana menguruskan Hanif dan tugas menyara dua lagi adik Hanif yg masih belajar terpaksa digalas oleh Bukhari yang baru saja mendirikan rumahtangga. Mujurlah isteri Bukhairi faham dan sedia menerima mereka seadanya.

Justeru itu, keluarga ini amat memerlukan bantuan kita agar mereka mampu utk terus bertahan dgn apa yg sdg mereka tanggung hari ini. Biarpun peluang utk Hanif sembuh amatlah tipis tetapi penyakit ini BOLEH DIKAWAL sekiranya di rawat dgn betul dan sempurna.

Semoga dgn bantuan dan sumbangan kita yg tak seberapa ke nombor acc yg tertera di atas, dptlah Hanif mendapatkan rawatan pakar atau mencuba rawatan alternatif lain yg mungkin ada di luar sana.Setidak-tidaknya, ringanlah sedikit penderitaan yg ditanggung oleh Hanif ... .
Terima kasih. 


Video: Sinar Harian

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo pasang jagoanmu disini Upd4te Bett1ng
    Info lanjut 7ACD8560

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    Kontak bbm 5ee80afe

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli