Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Pernahkah Anda Melihat Tumbuhan Ini Yang Digelar 'Bunga Dari Syurga' ? Tumbuh Dan Mekar Dalam Masa 3,000 Tahun

Ditulis oleh farra vy, 28 Mac 2018

Setelah sekian lama tidak ada siapa yang pernah melihat 'bunga lagenda' yang dikatakan berkembang sekali dalam 3000 tahun seterusnya.  Namun sejak kebelakangan ini, bunga misteri ini telah dilihat dibeberapa tempat didunia dengan kembangan indah yang menakjubkan.  Walaupun begitu, ia sangat sukar dilihat dengan mata kasar dan memerlukan kanta pembesar kerana saiznya yang begitu kecil.

Aroma daripada bunga ini mengeluarkan bau yang sangat-sangat harum dan boleh memenuhi keseluruhan ruangan walaupun dengan saiz yang kecil.  Anda mesti tak percayakan?   Tapi itulah keistimewaan 'bunga syurga' yang jarang ditemui ini menjadikan sifatnya begitu berharga.



Digelar Udumbara atau Youtan Polua yang bermaksud bunga bertuah dari syurga dalam bahasa Sanskrti telah dilihat oleh beberapa orang diseluruh dunia.  Tiada siapa menyangka dengan saiz fizikalnya yang kecil, ia sebenarnya dapat bertahan lama dan boleh hidup dimana-mana permukaan objek kayu, logam dan sebagainya.



Encik Ding, seorang petani dari wilayah timur laut China berkongsi ceritanya menemui bunga ini pada tahun 2007 yang telah tumbuh diatas batang paip di kebunnya, apabila sekelompok 38 kuntum bunga ini dilihat sedang mekar diatasnya.

Bukan itu saja, sekali lagi pada tahun 2007, kelihatan beberapa lagi kemunculan bunga ini dilihat di Taiwan, sekali gus membuatkan penduduk disana mempercayai bahawa akan datang tuah dikawasan mereka.

Selain itu, seorang artis dari Taiwan juga telah menemui Udumbara dirumahnya dan berkata, "ini adalah satu keajaiban! Ia sangat kecil dan sukar dilihat menggunakan mata kasar, namun baunya harum memenuhi seluruh balkoni rumah."



Tahun demi tahun berlalu, 2010 menyaksikan seorang rahib bernama Miao Wei dari pergunungan Lushan telah menemui sekelompok kuntum bunga ini ketika dia sedang mencuci bahagian bawah mesin basuhnya.  Pada mulanya dia hanya berfikir bahawa ia adalah telur serangga, namun keesokkan harinya benda yang disangka telur itu bertukar menjadi bunga putih yang mekar cantik serta berbau harum.

Pun begitu, fenomena misteri ini juga berlaku pada 20 tahun lalu dengan kemunculan bunga dari syurga ini tumbuh betul-betul diatas dahi sebuah patung buddha di Kuil Chonggyesa, Seoul, Korea Selatan.  Foto dan video yang diambil ketika itu menjadi sensasi diseluruh dunia.



Ramai yang merakam kejadian luar biasa ini mengatakan bahawa bunga ini sebenarnya telur serangga atau kepompong kupu-kupu namun kenyataan itu ternyata salah.  Ini kerana daripada segi sains, telur serangga akan layu selepas larvanya menetas, tetapi Udumbara ini tidak akan layu untuk jangka masa yang panjang dan akan tumbuh berbunga serta menyebarkan bau harum yang unik.  Ada juga yang berbunga mekar selama setahun.



Seorang pengumpul dan penafsir kitab Buddha, Huilin Yinyi berkata bunga legenda ini adalah petanda keajaiban dan kemunculan unik paling berharga.  Katanya, "bunga udumbara adalah satu petanda kemakmuran dan satu fenomena yang luar biasa, ia adalah bunga cakerawala dan tidak wujud di dunia nyata yang biasa. Sekiranya Tathagata atau Raja Roda Emas muncul di dunia manusia, bunga ini akan muncul kesan daripada keberkatan dan kebaikan yang dibawanya."

Fenomena yang agak ‘menghairankan’ ini sebenarnya telah membawa kepada perbualan dan perdebatan golongan dalam bidang sains dan agama, dan mereka memberikan pendapat masing-masing mengenai kewujudan dan kemunculan bunga ini.

Apa pun yang berlaku, fenomena ini sememangnya amat jarang sekali berlaku di dunia, terpulang kepada pendapat dan kepercayaan masing-masing untuk memperkatakan tentang kemunculan bunga ‘ajaib’ ini selepas 3,000 tahun.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli