Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tikam Bayinya Baru Lahir Bertubi-Tubi Sebelum Pulang Rumah Sambung Tidur

Ditulis oleh Aisha Ratnila, 1 Mac 2018
No Comment

TEXAS: Seorang remaja berusia 17 tahun menikam bayi yang baru dilahirkan bertubi-tubi sehingga mati.

Mayat bayi yang baru lahir beberapa minit sebelum ditikam itu kemudiannya dibuang ke sebuah rumah milik jirannya di bandar El Paso, Texas, Amerika Syarikat dan  remaja tersebut pulang untuk menyambung tidur dirumahnya.

Remaja perempuan tersebut menikam bayinya sebanyak sembilan kali dibeberapa bahagian seperti tiga kali di leher, lima di bahagian belakang dan satu di bahagian sisi.

Menurut laporan polis yang dipetik dari Fox News, Erica Gomez dikatakan telah melahirkan bayi itu di bilik mandi sebelum membalutnya dengan baju mandi.

Dia kemudian meletakkan mayat bayi itu di rumah jiran sebelum kembali ke rumahnya dan tertidur.

Dalam pada itu, ibu Gomez yang terkejut selepas menjumpai anaknya dalam keadaan berlumuran darah bergegas ke hospital sebelum doktor mengesahkan suspek keguguran.

Bagaimanapun, rahsia terbongkar apabila jirannya, Thomas Moreno menemui mayat seorang bayi lelaki dibangsalnya.

“Saya sangat kecewa dengan insiden yang berlaku kerana bayi itu tidak wajar dianiaya sebegitu,” luah Thomas.

Susulan kejadian itu, suspek telah ditahan pada 23 Februari sebelum dimasukkan ke penjara dengan ikat jamin AS$800,000 (RM3,144,000.00).

Sumber- Fox News
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "