Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tiga Wanita Islam Terima Pampasan RM706,000 Selepas Dipaksa Buka Tudung Oleh Polis New York

Ditulis oleh seventeen century, 1 Mac 2018

1 Mac - Bandar raya New York telah bersetuju untuk membayar pampasan sebanyak AS$180,000 (RM706,000) kepada tiga wanita Islam yang dipaksa oleh Polis New York (NYPD) untuk menaggalkan tudung ketika gambar wajah mereka diambil.

Setiap wanita menerima AS$60,000 (RM235,000) selepas penyelesaian imuktamadkan di mahkamah persekutuan Brooklyn awal minggu ini, kata peguam mereka, Tahanie Aboushi.

New York Times melaporkan, tiga kes itu berlaku pada 2012, 2015 dan 2016 dengan semua wanita terbabit telah diarahkan untuk membuka tudung mereka, malah permintaan gambar mereka diambil jurugambar wanita di tempat tertutup juga ditolak.

Dalam kes kedua pula, wanita yang terlibat mendakwa polis yang mengambil gambarnya berkata 'wow' sebanyak tiga kali selepas melihat rambutnya dengan banduan lelaki lain turut ketawa dan membuat kenyataan tidak menyenangkan.


Mereka mendakwa hak kebebasan beragama telah dilanggar, menyamann bandar raya itu dan Jabatan Polis New York, pasukan polis terbesar di Amerika Syarikat.

Polis New York sejak itu mengubah garis panduan untuk membenarkan tahanan bertudung memilih gambar diambil secara tertutup oleh anggota yang sama jantina.

“€œIa langkah tepat dan usaha bersama menangani jurang dalam garis panduan peronda,”€ kata Tahanie.

Sementara jurucakap jabatan undang-undang bandar raya New York, Kimberly Joyce, berkata penyelesaian perkara itu untuk kepentingan bersama semua pihak terbabit. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "