Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Siapa Sangka Dengan Membawa Anak Ke Taman Permainan Sekerap Mungkin Rupanya Memberi Banyak Kebaikan Yang Kita Tak Tahu

Ditulis oleh Aisha Ratnila, 1 Mac 2018
3 ulasan


Taman permainan merupakan tempat yang paling digemari oleh semua anak-anak. Permainan yang banyak dengan warna-warna terang yang cantik menarik perhatian dan minat anak-anak untuk bermain disitu.

Jika diimbas kembali memori silam sewaktu kecil pasti ramai dari kita juga banyak menghabiskan masa di kawasan luar seperti taman permainan untuk bermain bersama rakan-rakan.

Bagaimanapun, bermain di taman permainan ini bukanlah sekadar untuk keseronokan sahaja tetapi rupanya ada banyak kebaikan yang boleh membantu proses pembesaran anak-anak.

Entri kali ini berkongsi hasil penulisan dari Puan Liyana Raya yang bercerita tentang kebaikan membawa anak ke taman permainan dan juga beberapa tanggapan salah yang sering dilakukan oleh ibu bapa.

Mari kita baca perkongsian bermanfaat dan menambah ilmu pengetahuan ini.


Bawalah anak ke playground sekerap yang mungkin, kerana di situlah terdapatnya banyak rangsangan untuk deria yang utama dalam perkembangan anak2.

Malah kita sendiri pun semasa kecil membesar di playground. Boleh ingat lagi tak,almost everyday kan kita main dekat playground?

Di playground la otot dan sendi kita dirangsang. Sebab itu kita jadi kuat dan kita boleh menulis dengan baik sebab ‘core muscles’ of the chest,back and shoulders mendapat ketahanan yang tinggi sekaligus membantu kita utk menahan otot ini daripada mengganggu fungsi jari jemari kita ketika menulis.

Anak-anak zaman skrg apabila menulis dan menggunting,kebanyakan mereka tidak tahu nak gunakan otot mana nak menulis dan pegang gunting. Makanya kebanyakan dari mereka suka mengangkat sekali bahu dan siku ketika membuat aktiviti penulisan dan guntingan. Sebab itulah menulis bukan hanya pen & kertas semata-mata!

Kenapa jadi macam ni?
Kurang rangsangan terhadap otot dan sendi.

Playground juga turut membantu kita menyeimbangkan badan kerana ianya merangsang deria keseimbangan badan (vestibular) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita.


Kanak-kanak perlu bergerak.
Kita dulu memang boleh duduk diam eh?
Dah kenapa zaman sekarang ni kita nak anak-anak duduk diam?

No point bagi anak duduk diam.
Sebab kalau anak duduk diam,ianya tidak merangsang langsung deria keseimbangan badan ni.
Disebabkan kita nak anak duduk diam,hasilnya kita dapati:
📌Anak akan sukar fokus
📌Anak suka berlari ke sana ke mari di dalam kelas
📌Anak kurang keyakinan diri
📌Anak tidak boleh mengawal emosi


Sebab dengan adanya playground,anak-anak boleh bergerak dan bebas melakukan apa yg mereka ingin lakukan.

📌Mereka fokus terhadap pergerakan yang banyak boleh dilakukan di playground seterusnya apabila tiba waktu belajar,mereka tidak mudah terganggu utk melakukan pergerakan kerana mereka sudah puas bergerak!
📌Meningkatnya rasa keyakinan diri kerana mereka boleh merasai kuasa memiliki pergerakan dan seterusnya membentuk emosi yang seimbang.

Apa yang salahnya terhadap persepsi kita apabila membawa anak ke playground adalah:

  •  We think too much of them getting hurt! Takut anak jatuh,takut anak itu ini sedangkan kat tangan kita telefon 24 jam. Bila bawak anak pergi playground lagilah kita galak main telefon!    HELLO!!!!! Anak-anak perlukan guidance utk mereka memanjat di mana, pegang kat mana, masuk kat mana, keluar kat mana so peganglah anak tu kalau takut anak jatuh! Bukan pegang telefon! Besides, jatuh kerana bermain itu biasa. Apabila dibiasakan dengan jatuh dan menahan sakit, maka anak kita semakin kebal jadinya.
  • Takut dapat penyakit berjangkit yang bukan-bukan terutamanya di indoor playground. Ada sesetengah ibu bapa yang dah tau anak sakit,kenapa bawak jugak anak keluar? Masa anak tak sihat,duduklah rumah dan kadang-kadang anak kita menjadi mangsa namun kita harus ingat bahawa jangkitan ini bukanlah jangkitan yg membawa maut. Jangkitan ini membuatkan kita renyah nak jaga anak kita semasa sakit.Janganlah ‘overdose’ kan sangat pemikiran kita dengan benda seperti ini. Sebab bila kita ‘overdose’ kan, itulah yg kita dapat.



  • Sentiasa cakap “jangan panjat situ nanti jatuh!” Juga membawa kepada jatuhnya anak-anak di playground. Itu saya cakap change your mind and words. Daripada cakap jatuh, lebih baik pergi tolong anak dan bantunya mcm mana nak elak daripada jatuh.


  • Kita, kalau orang tengah kacau kita berseronok,  kita marah kan? Apa ingat anak-anak ni tak marah ke kalau kita dok kepohci sana sini masa anak kita tengah seronok main? Mana yang anak lebih suka bila tengah main? Mak ayah datang main sama-sama dan bantu atau mak ayah sambil pegang telefon mulut je lebih kepoh sana sini takut anak jatuh itu ini. “Ish! Annoying betul mak ayah aku ni!” ——> inilah pemikiran secara tidak langsung yg anak dapat. Sebab anak tu manusia juga sama mcm kita,bukan robot nak diarahkan itu ini.


Bawalah anak bermain di playground samada indoor atau outdoor sekerap yang boleh. Kalau boleh hari-hari bawa tapi tulah kan,setiap kali bila saya buat ‘site visit’ ke playground,krik krik krik aje.

Anak-anak saya pun lama-lama bosan takde kawan nak main menjadikan playground bukanlah satu kawasan yang menyeronokkan sama mcm kita dulu.

Oleh kerana anak-anak saya dah terbiasa dengan rangsangan seperti ini namun kerana stage of play anak-anak saya sekarang lebih kepada social play, ketiadaan rakan-rakan  baru di taman menyebabkan taman permainan adalah sangat membosankan. Kena tunggu masa weekends dan cuti sekolah barulah ada ramai orang.

Sumber- Liyana Raya
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain? Kecewa dengan agen lain?
    Daftar disini saja Upd4te Bett1ng

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng, s1tus Jud1 b0la 0nline terpercay4
    minimal dp/wd 50rb

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "