Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sengaja Tambah Berat Badan Nak Elak Program 'Khidmat Negara', Seorang Lelaki Dijatuhi Hukuman Penjara

Ditulis oleh seventeen century, 27 Mac 2018

27 Mac - Seorang lelaki dari Korea Selatan didapati bersalah selepas cuba mengelak daripada menghadiri kem khidmat negara mandatori dalam tentera dengan menambah berat badan sebanyak 29 kilogram dalam masa enam bulan, lapor Korea Times

Hukuman penjara dijatuhkan kepada lelaki tersebut oleh sebuah mahkamah di daerah Cheongju.

Lelaki berusia 21 tahun yang dirahsiakan identitinya, dilaporkan menambah berat badan sehingga mencapai berat lebih daripada 113 kilogram semasa dia melaporkan diri untuk membuat ujian fizikal untuk masuk ke kem pada Julai.

Sewaktu tamat pelajaran sekolah tinggi, berat badannya hanya 87 kilogram sahaja pada Februari tahun 2016.

Lelaki tersebut dicatatkan memiliki indeks jisim badan (BMI) pada paras 36.1, iaitu berada pada bawah kelayakan untuk memasuki kem mandatori itu.

Begitupun, dia ditugaskan untuk menyempurnakan khidmat negara mandatori itu dalam jawatan umum sehingga polis melakukan siasatan ke atas lelaki tersebut.

Mahkamah berkenaan mempunyai kuasa menjatuhkan hukuman maksimum lima tahun penjara sebagaimana undang-undang Korea Selatan menyatakan bahawa sesiapa yang cuba untuk mengelakkan diri daripada mengikuti khidmat negara mandatori selama 20 bulan, dengan sengaja melakukan kecederaan diri atau lain-lain sebab yang boleh mengelakkan diri untuk menghadiri kem tersebut, boleh didakwa.

Dilaporkan peningkatan kes berlaku dalam kalangan lelaki muda untuk melarikan diri daripada menghadiri kem khidmat wajib itu.

Majoriti daripada mereka adalah atas sebab alasan conscientious objector, iaitu merujuk kepada individu yang tidak mahu mengikuti angkatan tentera atas sebab alasan tertentu, salah satunya alasan agama.

Dalam undang-undang Korea Selatan, rakyat negara berkenaan wajib untuk berkhidmat dalam ketenteraan dan tidak ada sebarang alasan untuk mengelakkan diri daripada mengikuti kem mandatori itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli