Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Neelofa Buat Permohonan Maaf, Hilang 100,000 Pengikut Di Instagram, Buat Keputusan Tarik Diri Program TN50

Ditulis oleh seventeen century, 1 Mac 2018

1 Mac - Pelakon dan pengacara yang terpalit dengan kontroversi pelancaran tudung baru-baru ini, Neelofa menjelaskan keputusan tidak menghadiri program Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diadakan di Kuala Lumpur, malam tadi kerana tidak mahu majlis itu diganggu dengan kontroversi yang melanda dirinya.

Neelofa, 29, memberitahu keputusan itu dibuat atas kerelaan sendiri dan perbincangan bersama penganjur.

"Diharapkan, keputusan yang dibuat ini dapat memberi ruang kepada orang ramai untuk menghayati segala mesej dan agenda penting negara yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Sekali lagi, saya memohon maaf atas keputusan ini,"
katanya kepada BH Online.


Heroin drama bersiri Suri Hati Mr.Pilot itu, dikecam teruk oleh netizen baru-baru ini atas tindakan beliau mengadakan majlis pelancaran koleksi tudung Be Lofa di sebuah kelab malam di ibu kota.

Perkembangan yang lain pula, Neelofa dikatakan turut kehilangan kira-kira 100,00 pengikutnya di Instagram dan dipercayai pengikut-pengikutnya itu bertindak 'unfollow' akaun Instagram artis itu selepas kontroversi ini menjadi tular sekali gus menjadikan pengikutnya hanya tinggal 5.4 juta sahaja berbanding sebelum ini 5.5 juta.

Walaupun syarikat pengeluar tudung, Naelofar Hijab sudah memohon maaf melalui kenyataan yang diedarkan kepada media, hari ini, Neelofa terus dikecam hingga dia menutup ruangan komen dalam salah satu entri di Instagram miliknya.

Dalam entri terbaru di dalam Instagram Neelofa, beliau juga secara peribadi telah memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tidak selesa dengan tindakan beliau itu.

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "