Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Tak Dera Anak, Saya Cuma Nak Ajar Anak Solat Dan Mengaji," Suami Ziana Zain Didakwa Dera Anak Sampai Lebam

Ditulis oleh seventeen century, 6 Mac 2018

6 Mac - Suami kepada penyanyi Ziana Zain, Armin Zaharin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan  dengan sengaja menggunakan rotan sehinggakan menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya, lapor Awani

Kejadian yang berlakupada jam 4 pagi, 25 Februari lalu di kediaman mereka di Denai Alam, Shah Alam.

Menurut Armin, dia hanya ingin mengajar anaknya solat dan mengaji. Dia juga mengatakan bertanggungjawab untuk mengajar anak-anaknya.

“Saya ajar anak solat dan mengaji, tetapi dia tak faham,” jelas suami penyanyi popular, Ziana Zain, Armin Zaharin.

“Saya tak dera anak!

“Saya mohon jaminan rendah dibenarkan,”
katanya.

Armin didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaann dan jika sabit kesalahan, bekas pramugara Kanan Malaysia Airlines itu berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi mencadangkan jaminan RM10,00 dengan seorang penjamin.

Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 4 April untuk sebutan semula kes.

Armin,53, ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana Zain membuat laporan polis pada 27 Februari lalu.

Ziana Zain atau nama sebenarnya, Siti Roziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Putus Terpaksa itu bernikah dengan Armin pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "