Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Nak Bayar RM100 Sehari Untuk Ayah Bersama Saya", Karier Dan Keluarga, Anda Pilih Mana?

Ditulis oleh farra vy, 28 Mac 2018
No Comment

Gambar Hiasan 

Mendidik dan menjaga anak adalah perkara yang paling besar kepada ramai ibu bapa diluar sana.  Tidak ada seorang daripada ibu bapa ini yang mahukan anak-anak mereka hidup terabai tanpa kasih sayang secukupnya.

Sakit perit mengandung dan melahirkan merupakan momen yang paling tidak boleh dilupakan, takkanlah bila mereka sudah ada disisi, ibu bapa tidak mahu menjaga.  Umum tahu mereka ini adalah amanah Allah swt, jadi sibuk mana atau susah mana membesarkan anak-anak, ibu bapa lah yang mencorakkannya.

Dengan keadaan ekonomi turun dan naik, ibu bapa perlu bekerja lebih masa semata-mata untuk membesarkan anak-anak, namun ada diantara ibu bapa yang lupa kerana duit tak boleh beri cinta dan kasih sayang terhadap mereka.  Hanya masa yang mereka mahukan, bukan bersama orang gaji, tetapi ibu bapa sendiri.

Perkongsian daripada Priya Grosir ini sangat menyentuh hati kerana menyaksikan situasi seorang anak yang sanggup membayar masa ayahnya yang terlalu sibuk dengan karier dan mengabaikan tanggungjawabnya.

Seorang suami pulang tempat kerja dalam keadaan lelah dan penat, ia melihat anak perempuannya di depan pintu.



Anak : "Ayah boleh saya tanya sesuatu?"
Ayah : "Tentu Nak, ada apa?"
Anak : "Ayah kenapa pulang kerja malam , berapa gaji yang Ayah peroleh tiap hari?"
Ayah : "Itu bukan urusanmu nak, kenapa kamu tanya itu?" (jawab Ayah sedikit kesal)
Anak : "Saya cuma ingin tahu ayah, berapa yang Ayah dapat dalam sehari?" (dengan mata yang ingin tahu sgt2 )
Ayah : "Baiklah jika kamu ingin tahu, Ayah dapat rm50 dalam setiap harinya"
Anak "Ohh" (jawabnya sedikit menunduk)


Tak lama kemudian ia mendongakkan kepala, dan bertanya kepada Ayahnya :

Anak : "Ayah, boleh saya pinjam wang ayah rm30 ?"
Ayah : "untuk apa?! tak payah !! ni mesti buat beli jajan sembarangan, lebih baik kamu bilik tidur mu!!" (jawab ayah sedikit marah)

Si Kecilpun pergi ke biliknya dgn keadaan sedih dan menutup pintu. 1 Jam kemudian ketika ayah mulai tenang, ia berfikir mungkin dia terlalu kasar kepada si kecil, mungkin ada keinginan yang penting sehingga anaknya meminta duit yang lebih dari biasanya. Ayahpun pergi ke bilik si kecil. Dia melihat anaknya masih terjaga, kemudian ia bertanya :

Ayah : "Belum tidur nak?"
Anak : "Belum , saya belum ngantuk"
Ayah : "Maafkan Ayah ya Nak, tadi Ayah terlalu keras dgn kamu, hari ini ayah terlalu sibuk dan letih, jadi Ayah terbawa bawa emosi, Maafkan ayah ya, nih duit Rm50 yang kamu minta"
Anak : "Waa... Terima kasih Ayah"


Lalu ia pun mengeluarkan duit di bawah bantal dan menghitung. Ayah pun menatap dgn harran lalu bertanya :

Ayah : "Kamu dah ada duit, kenpa masih minta lagi dgn Ayah?"
Anak : "Saya menabung, tabung ni baru ada rm50 , jadi masih kurang Rm50 untuk membayar ayah"

Ayah semakin heran

Anak : "Ini Ayah, saya nak bayar Ayah rm100 untuk meminta waktu besok, satu hari sja untuk ada bersama saya "

Ayahpun menetesakan air mata, lalu memeluk si kecil.

Ayah : "Maafkan Ayah nak, Ayah terlalu sibuk dan tak pernah ada waktu untukmu, Ayah memang jahat nak"

si kecil mencium pipi dan berkata

Anak : "Saya sayang Ayah"
Sambil memeluk Si kecil, dalam hati ayah menangis sambil berkata :

"Lelahku untuk masa depanmu Nak"

Pesan ;
Sesibuk sibuk apapun pekerjaan, berilah waktu bersama keluarga kerana keluarga adalah harta tak terhingga

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli