Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pavlova Pencuci Mulut Mewah Dari New Zealand, Berikut Adalah Resepi Mudah, Rangup Dan Kurang Manis

Ditulis oleh farra vy, 6 Mac 2018

Pavlova pemanis mulut berasal dari New Zealand digunakan sempena nama seorang balerina berbangsa Rusia, Anna Pavlova.  Pencuci mulut itu dipercayai telah dibuat untuk menghormati penari itu semasa kedatangannya ke Australia dan New Zealand pada tahun 1920-an.

Hidangan pencuci mulut ini adalah hidangan yang popular dan merupakan bahagian terpenting daripada masakan kebangsaan Australia dan New Zealand, dan dengan resipi mudah, ia sering disajikan semasa hari perayaan.

Azizi Rais, melalui laman Facebooknya telah berkongsi resepi mudah pencuci mulut meringue dengan kerak yang rangup diluar dan lembut didalam serta dihiasi dengan buah-buahan berwarna-warni.  Kami kongsi resepi mewah dengan cara mudah ini untuk anda cuba!

Resepi - Bahan:
  • 2 bj putih telur
  • 100 gm icing sugar
  • I tablespoon corn flour
  • Cream of tartar 1/2 teaspoon @ lemon juice

Topping :

  • 150 ml whipping cream 
  • Fresh fruits ( ikut suka ) 
1 - Pukul putih telur sampai kembang...masukkan cream of tartar @ lemon juice . Pastu masukkan icing sugar sikit demi sedikit..then top speed beat sampai jd betul kental ( +- 10 ke 15 minit ) or lbh. Last sekali masukkan corn flour..kacau sebati.



2 - Cedokkan dan letak atas tray yg telah dilapik kertas minyak . Ratakan ( boleh juga dipaipkan ) . Bakar dlm suhu 130'c selama 1 jam setengah. ( suhu yg tggi akan menyebabkan pavlova menjadi hangit dan dark brown ). Suhu yg rendah utk dptkan kaler yg seakan teh ais or vanilla white .
Pavlova akan mengembang 2 inci dr saiz asal.
Then..sejukkan.

Api atas bawah 





3 - Pukul whipped cream sampai kental . Dan sapukan di atas pavlova td. ( boleh juga dipaipkan jika utk mini pavlova or cup cake saiz ).



4 - Potong buah2an segar ( sy gunakan strawberry) , dan tabur atau susun atas pavlova td . Selain tu...bleh ja digunakan buah kiwi, mangga , grapes, peach atau mengikut minat memasing.

Now.. ready to serve! Bleh disimpan dlm peti sejuk utk kekalkan kesegaran buah2an tersebut.




Selamat mencuba !!

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "