Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Nak Nampak Cool Kononnya Bela Baby Monkey, Tapi Tak Sedar Menyiksa Haiwan" Teguran Lelaki Ini Untuk Semua ''Animal Lover''

Ditulis oleh Sha Rossa, 6 Mac 2018
2 ulasan

Sedar atau tidak seakan sudah seakan menjadi trend pada zaman sekarang membela baby monkey ataupun anak monyet. Kononnya nampak cool dan ''animal lover'', tapi sebaliknya haiwan itu sangat tersiksa kerana tidak berada dalam persekitaran yang betul dan sesuai.

Perkongsian oleh seorang pengguna media sosial Bam Arrogancia ada wajarnya. Monyet sebegini  hanya akan dapat hidup beberapa bulan di bawah jagaan tuannya disebabkan mempunyai sistem penghadaman yg kompleks. Tambah memburukkan keadaan, kita sumbat pula makanan dan susu formula yg tidak sesuai. Konon jadikan pet kesayangan, tapi tak sedar sebenarnya membunuh mereka secara perlahan-lahan.

Jom kita ikuti perkongsian lelaki ini seperti di bawah. Moga boleh dijadikan pengajaran buat mereka di luar sana. Semoga bermanfaat.

Dah jadi trend sekarang ni, kalau nak nmpak cute and cool kena ada #babymonkey!. Nak acah2 ada sifat keibu bapaan kena ada #babymonkey!






Nk tunjuk romantic kat girlfriend bagi hadiah #babymonkey!. Konon2 animal lover beli #babymonkey!. Yang happynya korang. Yg terseksanya makhluk Tuhan yg takde berdosa ni.


Selepas menjadi pet, selalunya Dusky leaf monkey hanya akan dapat hidup beberapa bulan di bawah jagaan tuannya. Ini adalah disebabkan species ini mempunyai system penghadaman yg kompleks, makanan dan susu formula yg diberikan oleh manusia adalah tidak sesuai dan sebenarnya membunuh mereka secara perlahan-lahan.



Ini bermaksud, kalau ada rasa nak beli atau bela leaf monkey ni samalah seperti rasa anda nak membunuh mereka. Please fikir guna O sikit!

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "