Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Nak Ajar Anak Menulis Bukan Terus Ikut Buku Tulis 'A' Tu", Kuasai Kemahiran Pra-Menulis Anak Dengan 3 Jenis Barisan Dan Bulatan

Ditulis oleh farra vy, 29 Mac 2018

Pastinya setiap ibu bapa maklum bahawa perkembangan pembelajaran anak-anak dan kemahiran merupakan satu proses yang memerlukan masa.

Menurut kajian yang dijalankan, ia menunjukkan walaupun kanak-kanak ini masih belum memasuki era persekolahan seperti tadika atau pra-sekolah, mereka tetap ada asas menulis yang baik.  

Permulaan yang baik ini penting dan memberi impak besar bagi perkembangan kemahiran menulis anak-anak untuk jangka masa panjang.  

Perkongsian daripada Mahfuzah Zainol berkongsi teknik meningkatkan kemahiran motor anak anda dengan asas melukis bentuk seperti bulatan dan garisan.  Kemahiran menulis adalah penting untuk anak-anak meningkatkan perkembangan minda dan mengurangkan bebanan kognitif (melibatkan aktiviti intelektual).

Jom kita lihat asas-asas menulis yang boleh dipraktikkan kepada anak-anak ini semoga memberi manfaat.

“Barisan dan bulatan. Mana satu pilihan anda?”



Okeh, tak payah pilih-pilih sangat ye. Kena buat dua-dua.

Untuk kemahiran pra menulis, ada 3 jenis barisan dan bulatan yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak berumur 3 tahun.

Boleh lihat 3 contoh gambar dalam kotak merah.

Kalau kanak-kanak pada tahap menconteng sekalipun, ajarkan gerakan tangan mereka menjadi contengan barisan/garisan lurus dan bulatan.

Boleh buat lagu. Hujan rintik-rintik. Air dalam kolam.  Ombak bulat-bulat. Lalalala

Selepas menguasai ketiga-tiga barisan dan bulatan tersebut. Baharulah boleh ajar menulis huruf-huruf ringkas seperti

“L O F T H E I”

Semua huruf besar dahulu. Dalam kemahiran menulis lebih sesuai ajar menulis dengan huruf besar dahulu.

Huruf kecil untuk membaca.



Nak ajar kemahiran menulis bukan perlu ikut buku kerja-tulis yang bermula daripada huruf A itu.

Mulakan menulis huruf yang mudah-mudah dahulu. Kurang stress. Sense of achievement juga tinggi. Hehehe.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli