Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kerap Sakit Perut Dan Sakit Ketika Kelamin, Terpaksa Menjalani Pembedahan Buang Rahim Akibat Ketumbuhan 'Sista Ovari'

Ditulis oleh farra vy, 6 Mac 2018

Ovarian cyst adalah salah satu situasi dimana kantung rahim berisi lendir/cecair melebibi 3 cm diameter.  Kantung ini boleh menjadi besar, sebesar saiz tembikai!

Kebanyakkan daripada pesakit yang mengalami penyakit ini tidak menyedari sebarang masalah atau gejala.  Ia cuma hanya akan disedari apabila wanita tersebut melakukan ultrasound dalam pemeriksaan apabila menghadapi masalah kesuburan.

Rawatan ovarian cyst bergantung kepada jenis cyst yang dialami.  Bagi cyst jenis folikular atau corpus luteal, doktor akan memantau samada ia semakin besar atau sudah bertukar bentuk.  Namun cyst akan disuruh buang jika ia semakin membesar dan menunjukkan tanda-tanda berkaitan dengan kanser.

Ada juga sesetengah keadaan yang memerlukan ovari perlu dibuang juga, misalnya jika keadan cyst terlalu besar sehingga menggantikan semua ruang ovari. Selain itu, ovari juga perlu dibuang sekiranya ia sudah terpusing sehingga menyebabkan peredaran darah pada ovari terputus, atau merasakan ia mungkin menular menjadi kanser.

Seperti perkongsian daripada Hety Ezleen melalui Facebook miliknya menceritakan kronologi detik tragis apabila dia disahkan menghidapi ovarian cyst sehingga terpaksa membuatkan dia membuang kedua-dua belah ovari dikanan dan kiri rahim.  Kenyataan yang sukar diterima ini dikongsi bagi menyebar kesedaran awal bagi wanita-wanita lain diluar sana untuk lebih peka dengan masalah kesihatan yang dialami.  Ikuti perkongsian daripada Hety, semoga dapat dijadikan panduan untuk para wanita.

Ramai yg bertanya pd saya, mcm mana mula2 saya tau yg saya ada cyst.. apa tanda2 cyst, dan apa tindakan saya.. Saya rasa terpanggil utk berkongsi pengalaman saya utk rakan2 yg bertanya.. mana tahu dapat membantu awk2, rakan2 awk, atau saudara mara awk yg senasib spr saya sebelum terlambat..


  • Saya kerap mengalami sakit perut di bahagian bawah. Tidak la setiap hari tetapi agak kerap juga.. Kadang kala, perut terasa kejang dan rasa mencucuk. Sakit sangat Kadang pula, rasa sakitnya seperti senggugut yang berpanjangan.
  • Saya kerap membuang air 10-15 kali sehari walaupun sy tidak minum air. Stress ya amat kalau pergi holiday atau berjalan2. Kalau lepas minum air segelas, dalam masa 5 minit confirm akan pergi toilet.. then 5 minit kemudian akan ke toilet lagi.. Bayangkanlah penderitaan ini..  Ini krn cyst semakin membesar dan kedudukan ovari (cyst) berada di sebelah pundi kencing je.
  • Kadang2 sakit semasa hubungan kelamin. Sakit yg teramat sangat di tempat kedudukan cyst. Ini krn faktor pengembangan dan pengecutan otot dikawasan rahim dan sistem peranakan sewaktu hubungan kelamin.

  • Perut semakin membuncit dari hari ke sehari seperti wanita mengandung.. (perut saya spr wanita mengandung 4bulan). Ia tak sakit krn dalam perut mengandungi air.. doc kata cyst tu yg keluarkan air tersebut.
  • Selepas makan, perut mengeras dan terasa penuh.
  • Kadang2 pening kepala.. tak selalu..
  • Semasa baring, bila tiba perut kejang, kadang2 ketulan cyst tu timbul pd perut.. saya boleh nampak kedudukan cyst tu dgn mata sendiri.. bila disentuh, tekan tempat ketulan cyst tu memang rasa keras.. seram pulak, tp tak bgtau dgn sesiapa sbb takut
Itu tanda2 cyst yg saya alami, period saya regular.. utk org lain sy tak pasti, krn hormon badan kita berbeza.. Doc cakap dgn saya, setiap wanita mmg ada cyst, ia bergantung pd ‘dia’ aktif atau tidak je..

Apa tindakan saya? Sudah tentu takut dan risau lihat perut sendiri membuncit seperti wanita mengandung Okay, Saya tulis ikut turutan beserta kosnya sekali sebab ramai yg bertanya dan nak tahu harga (hospital swasta) ye.. jika hospital kerajaan pastinya murah.. tapi lambat (ikut pengalaman cerita org2)



1. 14.2.2018
Saya pergi ke Klinik sakit puan.. Doc India tu buat ultrasound tengok apa yg ada dlm perut.. doc x nampak pun cyst tu.. dia cakap perut saya banyak air.. then terus dia cakap air dalam perut awk ni mungkin air kanser!! *+^=% tergamam sebentar dgr kata2 doc tu.. (dpt gambar scan dlm perut..BAYARAN RM60)

2. 14.2.2018

Tak puas hati dgn result klinik pertama, call kakak ipar (doctor) then bgtau masalah saya, dia suruh saya pergi ke Klinik dia. Jauh jugak la dgn rumah.. huhu.. Then buat ultrasound lagi, ok kali ni mmg nampak biji ketulan tu (mass) kat ovari kiri. Ukuran 6cm. Omak tanjat aihh! Blur kejap dan mata terkebil2.. Then kakak ipar buatkan surat ke Hosp Pantai utk buat ujian CT Scan.. (dpt gambar dlm perut.. BAYARAN FREE sbb kakak ipar)

3. 15.2.2018

Pergi Hosp Pantai (Private) buat CT Scan abdomen dan pelvic.. Result dia sangat tepat 100% dan terus dapat result masa tu juga.. (BAYARAN RM1110.45)



4. 15.2.2018
Pergi semula klinik kakak ipar bawa result CT Scan, haa.. kakak ipar explain la dr result tu.. dia kata ukuran cyst saya 11.6cm x 11.2cm x 6.7cm.. uargh!! Pucat terus muka yg tak berapa nk cerah ni Then kakak ipar cakap, “Hety.. ini bukan main2 tau, Kak M*** akan buat surat ke Pakar KPJ Johor dan Hety kena bedah segera sebab ketulan (mass) tu besar!! Ia merbahaya!! Ia akan membesar dan terus membesar!!” Ok seram(BAYARAN free sbb kakak ipar)



5. 20.2.2018

Pergi jumpa doc Pakar Gynaecology di KPJ Johor Bahru, bawa surat yg kakak ipar tulis tu.. doc Lim terus buat ultrasound kat perut.. dan dia sangat terkejut dgn kandungan air yg ada dlm perut.. doc kata banyaknya air!! doc lim kata air dalam perut saya ni ‘cancer’ ok sekali lagi saya dgr perkataan ‘cancer’ tu. Doc buat pap smear dan buat ujian darah CA 125.. (BAYARAN RM1024.50)

6. 21.2.2018
Appoinment lagi dgn doc lim di KPJ Johor, amik result darah CA 125 yg buat semalam.. ok nak bagitau, kalau darah ada cancer, jumlah dia 125ml.. dan result yg sy dapat.. jumlah dia 721ml.. sangat tinggi okeh!! sekali lagi doc cakap “adik, jumlah darah awk ni tinggi, ini cancer.. otomatik air mata mengalir depan doc lim.. Then buat ujian air dalam perut pula.. doc cucuk hidup2 pada perut saya pakai jarum yg besar dan tebal!! uarghhh sakit Air dlm perut pun dikeluarkan sikit utk dibawa ke makmal utk ujian.. air dalam perut warna merah sekali lagi doc kata air warna merah tu air cancer saya menangis dan terus menangis (BAYARAN RM951.25)

Air dalam perut saya yg buncit tu warna merah!! Cyst tu yg keluarkan air..Doc kata cyst yg biasa air bewarna jernih atau kuning2 cair.. tapi air cyst dalam perut sy warna merah.. aduhh seram pulak.. Ni la salah satu faktor doc cakap cancer


7. 26.2.2018
Appoinment lagi dgn doc lim.. Perbincangan dgn doc.. doc kata cyst saya ni merbahaya, kena buang kedua2 ovari kanan kiri dan rahim.. uarghh menangis depan doc.. Doc cakap lg, kesan2 selepas buang rahim.. saya tak boleh melahirkan anak lagi, saya akan manopous, tulang saya akan cepat reput, saya kena makan ubat hormon seumur hidup saya.. uarghhh saya menangis lagi depan doc Saya sain surat persetujuan bedah buang ovari dan rahim dalam keadaan lemah longlai Saya akur dan redha demi keselamatan diri Ya Allah.. berikanlah kekuatan pd diriku.. Keluar dr bilik doc, call family dan kawan terdekat.. menangis dan terus menangis Malamnya tidur di Hosp KPJ Johor (minum air yg rasanya payau masin utk buang najis) doc nak perut kita kosong tiada sebarang najis masa bedah esok pagi (TIADA BAYARAN)

Rahim yg sudah dibuang..Allahuakbar!

Ovary cyst yg sudah dibuang
8. 27.2.2018-1.3.2018
Operation saya ni major operation.. 27.2.2018, pukul 8 pagi doc Enjet kat pergelangan tangan, then saya hirup asap apa ntah nama dia, terus tak sedarkan diri.. sedar2, dgr suara sayup2 jururawat sambil tepuk2 badan “adik, pembedahan dah siap ye”.. lepas sedar je terus rasa sakit ya amat!! uarghh sakit!! malam pertama tu 4 kali juga jururawat enjet tahan sakit. 1.3.2018 discharge. (BAYARAN RM17,864)



Ini adalah pengalaman saya sendiri. Proses jumpa doc pd 14.2.2018 sehingga hari pembedahan 27.2.2018 adalah satu jangka masa yg sangat cepat.. Saya bersyukur dan yakin, Allah telah mempermudahkan urusan saya.. Pembedahan pun dah selamat dijalankan.

Sekarang ni saya dalam berpantang dan proses pemulihan seperti wanita yg lepas bersalin ceasor.. batuk dan bersin? Sakit!!menangis okeh!!

Sesungguhnya saya memang tidak menjangka perkara ini akan berlaku pada diri saya.. Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita, tidak kira umur.. dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simptom.. Saya harap, dengan perkongsian saya ini, dapat memberi kesedaran kepada kaum wanita untuk segera berjumpa doktor jika ada simptom2 spr saya.. Apa2 hal, pergi jumpa doktor dahulu, jgn pandai2 makan supplement tanpa nasihat doktor.. bukan apa, dikhuatiri anda penghidap kanser.. tup2, kanser tahap 3-4.. haa kan seram tu Jika tiada kanser, syukurlah. Ke Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta terpulang anda.. Yang penting jangan takut berjumpa doktor ok..

Doakan kesembuhan saya..
Doakan saya kuat..

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "