Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kenapa Ibu Lahirkan Saya Pendek, Gemuk, Hodoh? Kan Bagus Kalau Ada Pisau, Tikam Diri Saya!", Kanak-Kanak 10 Tahun Murung Tulis Nota 'Bunuh Diri'

Ditulis oleh farra vy, 22 Mac 2018
Kemurungan bukan saja dialami oleh orang dewasa malah turut dirasai oleh kanak-kanak.  Ia dianggap sebagai salah satu masalah kesihatan mungkin disebabkan oleh gangguan emosi seperti kebimbangan atau tekanan.

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Singapura, mengalami kemurungan setelah bertengkar dengan ibunya dan memilih untuk meluahkan perasaan itu melalui 'nota bunuh diri'.

Melalui nota yang ditulis, kanak-kanak tersebut membayangkan alangkah bagus sekiranya dia dapat mengambil pisau dan menikam dirinya sendiri.

The Straits Times melaporkan nota 'bunuh diri' itu dijumpai ketika ibunya sedang mengemas bilik anak itu pada tahun lalu.



Masih dalam keadaan terkejut, sebaik dia menjumpai nota tersebut, ibu kepada kanak-kanak terbabit segera mendapatkan bantuan FutuReady Asia's Character dan Leadership Academy untuk membantu mengatasi masalah kemurungan yang dihadapi oleh anaknya itu.

Melalui nota itu, kanak-kanak itu meluahkan perasaan bencinya kerana dilahirkan dengan fizikal yang hodoh.

Namun pun begitu, di awal nota tersebut, kanak-kanak itu menyatakan rasa sayang kepada kedua ibu bapanya dan sentiasa ingin melihat mereka gembira.  Walau bagaimana pun, kanak-kanak berasa sedih serta berada dalam kemurungan bermula pada hari dia memberontak kerana merasakan masakan ibunya tidak sedap.

Antara kandungan nota tersebut berbunyi, “Saya rasa sangat teruk. Saya rasa macam hendak terjun bangunan dan mati, tapi saya tahu dia (ibu) akan menangis dengan teruk. Jadi, saya akan rahsiakan perkara ini.

Gambar Hiasan

''Saya terfikir kenapa ibu melahirkan saya dengan rupa sebegini. Pendek, gemuk, dan hodoh. Dia tak suka lihat saya menangis setiap masa.

''Alangkah bagusnya rasa itu ketika saya dapat sebilah pisau dan berjaya tikam diri saya. Tiada lagi buli. Tiada lagi kerja sekolah. Saya akan bunuh diri pada suatu hari nanti.

''Saya tidak akan lagi tersenyum. Hanya menangis! Saya akan memuji diri sendiri kerana ‘bodoh’. Saya tak mahu hidup lagi! Maaf buat ibu menangis!”, luah kanak-kanak tersebut dalam nota tulisannya.


Walaupun begitu, emosi kanak-kanak itu dikatakan sudah semakin stabil setelah ibunya mendapatkan bantuan khidmat kaunselor.  Salah satu faktor kemurungan kanak-kanak itu juga berpunca daripada kurangnya masa yang diberikan kerana terlalu sibuk dengan kerja serta dia turut dibuli rakan sekelasnya di sekolah.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    Kontak bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli