Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jika Airbag Dekat Kereta Boleh Selamatkan Nyawa, Airbag Dekat Smartphone Ini Boleh Selamatkan Poket Anda

Ditulis oleh Roti Tisu, 27 Mac 2018

Kalau korang dalam situasi ingin membeli kereta apa ciri-ciri yang wajib ada pada kenderaan tersebut? Antara faktor yang dipertimbangkan adalah prestasi yang mengagumkan, jimat petrol, ruang yang selesa, rekaan kereta yang menarik dan jangan lupa satu lagi perkara penting, ciri keselamatan seperti airbag. Bayangkan jika berlaku kemalangan dan kereta anda tiada airbag? Tak pasal-pasal melekat dahi di stereng.

Berlainan pula dengan telefon pintar dimana ciri-ciri keselamatannya memerlukan aksesori tambahan yang mungkin menelan belanja puluhan, malah ratusan ringgit. Bila beli telefon baru mesti korang akan beli tempered glass dan juga armour case untuk tingkatkan lagi ketahanan peranti.



Sedikit menyukarkan bila armour case yang tahan lasak tetapi ketika disarungkan pada telefon, ia menjadi tebal. Sangat leceh untuk penggunaan harian seperti keluar masuk poket. Kadang-kadang ada juga kes dah pakai segala pelindung tetapi bila jatuh, kemek disana-sini.

Rekaan telefon pintar masa kini dilihat semakin “rapuh”. Apa tidaknya, skrin paparan yang luas ditambah dengan bingkai nipis mengundang bahaya kepada pengguna yang cuai dan mungkin pada korang yang mengalami masalah tangan berpeluh setiap masa. Ada juga yang tidak gemar memakai case disebabkan rekaan telefon pintar yang cantik. Tapi harus diingat, bila jatuh dia jadi…cantekkkk.
Melihat kepada permasalahan yang timbul, Honor tampil dengan sebuah telefon pintar lain daripada yang lain dikenali sebagai Honor 7X, dilengkapi dengan ciri airbag.

Nak tahu apa kemampuan sebenar Honor 7X? Jom lihat rekaan dan spesifikasi peranti ini terlebih dahulu.


Telefon pintar tahan lasak ini mempunyai skrin paparan yang meliputi 83% bahagian hadapan serta menawarkan resolusi 2160 x 1080 piksel pada nisbah 18:9. Dipanggil sebagai FullView, layar paparan IPS ini berukuran 5.93 inci dan ia memberikan warna yang kelihatan seperti semula jadi, cukup mempersonakan mata yang melihat.

Dikelaskan sebagai peranti pertengahan, Honor 7X didatangkan bersama tetapan dwi kamera pada bahagian belakang yang menggabungkan lensa 16MP dan 2MP, dibantu dengan LED flash. Panel hadapan pula diletakkan dengan kamera swafoto 8MP.


Fungsi kamera ini mampu memberikan kepuasan ketika mengambil gambar serta menawarkan kesan bokeh yang baik.

Menyusup kebahagian dalaman pula, ia dipacu dengan cip pemprosesan Kirin 659 8-teras, bergandingan dengan memori RAM 4GB serta ruang simpanan data sebesar 64GB. Tidak cukup dengan itu, sokongan memori tambahan turut disediakan melalui kad MikroSD sehingga 256GB.


Beralih kepada ciri yang digembar-gemburkan diatas, ciri keselamatan airbag. Apa yang membuatkan Honor 7X berada pada kelasnya tersendiri adalah ia direka sebagai peranti tahan hentakan. 

Bayangkan apakah yang akan berlaku apabila telefon dengan skrin FullView yang luas terbentang terjatuh ke lantai? Tak jadi apa-apa! Pada setiap penjuru telefon ini diletakkan dengan “airbag”, melindungi peranti daripada hentakan yang boleh merosakkan rupa fizikalnya.

Menjalankan sistem operasi Android Nougat 7.0 dengan antaramuka EMUI 5.1, Honor 7X dikemaskini dengan ciri nyahkunci menggunakan wajah bermula Januari yang lepas.
Kuasa Honor 7X dibekalkan dari bateri berkapasiti 3340mAh yang difahamkan mampu mencecah tempoh dua hari tanpa dicas.



Apa yang dapat disimpulkan disini, Honor 7X bukanlah peranti kelas pertengahan biasa kerana anda boleh miliki sebuah telefon dengan skrin FullView, dwi kamera yang mampu menangkap gambar dengan kesan bokeh, memori besar, dan dua perkara paling penting, tahan hentakan serta didagangkan pada harga yang cukup berbaloi iaitu RM1099.

Bagi korang yang jenis cuai, tangan berpeluh macam baru lepas mandi, tak suka pakai armour case yang tebal, Honor 7X adalah peranti pilihan.

Bagi yang berminat bolehlah layari Vmall untuk membeli Honor 7X secara dalam talian, ataupun boleh kunjungi mana-mana pengedar sah Honor di seluruh negara.

Tapi sebelum pergi beli, mungkin anda mahu membaca promosi ini terlebih dahulu.
Sempena pembukaan kedai rasmi Honor di Lazada pada 2 April ini, harga Honor 7X
diturunkan dari RM1099 kepada RM899. Jimat RM200 kot! Jadi siap-siapkan diri anda untuk
membeli Honor 7X di Lazada 2 April ini.

Telefon tak pecah, poket lebih meriah!

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli