Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Tidak Sedap Hati, Rupanya Petanda Anak 2 Tahun Mati Tergantung Di Tali Pengikat Langsir

Ditulis oleh Sha Rossa, 28 Mac 2018

Kes kematian bayi sudah banyak dilaporkan oleh media. Sebagai ibu bapa kita pasti bimbang dengan keselamatan anak-anak terutamanya di usia mereka yang masih bayi kerana terdapat bahaya di sekeliling tanpa kita sedar.

Terbaru yang berlaku, menurut laporan dari Astro Awani seorang bayi yang berusia 2 tahun 3 bulan meninggal dunia akibat terjerut tali pengikat langsir di ruang tamu. Kejadian itu berlaku di Meru Impian, Meru Raya pada petang Selasa lalu.

Apa yang menyedihkan, kejadian ini berlaku sewaktu ibu mangsa sedang memasak di dapur dan membiarkan mangsa bermain seorang diri di bahagian ruang tamu. Mangsa segera dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut namun disahkan meninggal dunia.


Menurut sumber, ketika kejadian anak bongsu daripada dua beradik itu tinggal bersama ibu tiri, bapanya berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pensyarah keluar atas urusan kerja sementara anak sulung berusia lima tahun berada di tadika.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, sebelum kejadian, kanak-kanak itu ada meminta makanan dan ibu tiri berusia 30 tahun memberikannya biskut sebelum meninggalkan mangsa untuk memasak.

"Wanita itu bagaimanapun mula rasa tidak sedap hati kerana anaknya senyap, dia kemudiannya melihat di ruang tamu dan dapati mangsa berada dalam keadaan tergantung di tali yang digunakan untuk menggantung langsir ke sisi.

Gambar Hiasan

"Mangsa ketika diturunkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya.

Beliau berkata, wanita itu cuba menyelamatkan anaknya melalui bantuan pernafasan, namun denyutan nadi mangsa begitu lemah.

Mangsa yang kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh disahkan meninggal dunia.

"Siasatan awal mendapati, mangsa berkemungkinan berada di kawasan tangga yang terletak bersebelahan dengan pintu dapur sebelum bermain di tali pengikat langsir yang menutup ruang masuk ke dapur berkenaan," katanya.

Hasil bedah siasat yang dijalankan pada jam 6.55 petang tadi mendapati, kematian mangsa akibat tergantung.


Sumber : Astro Awani
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli