Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gempar, Anak Lembu Lahir Rupa Seakan ''Manusia''

Ditulis oleh Sha Rossa, 28 Mac 2018

Gempar, kelahiran anak lembu yang didakwa menyerupai manusia di negara jiran Indonesia telah mencetuskan kekecohan penduduk setempat selepas ia menjadi tular di media massa.

Menurut sumber, orang ramai yang mengetahui kejadian itu telah berpusu-pusu ke Desa Imana, Kecamatan Atinggola, Gorontalo Utara untuk melihat sendiri makhluk aneh itu.

Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Septiana berkata, anak lembu itu dilahirkan pada Khamis lalu dan berita itu kemudiannya bertukar kecoh kerana mendakwa ia mirip manusia.

"Kepalanya jelas menyerupai manusia. Ia sudah tidak bernyawa ketika dikerumuni orang ramai," ujarnya.

Gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan kepala anak lembu itu seakan kepala manusia dengan lidahnya terjulur keluar. Difahamkan, anak lembu itu mati ketika ia dilahirkan.

Memetik sumber, Ketua Hubungan Masyarakat Polis Daerah Gorontalo, AKBP Wahyu Tri Cahyono mengesahkan bangkai haiwan itu telah ditanam kerana ia mula membusuk.

"Apa yang menghairankan, mata anak lembu itu juga berada pada bahagian depan dan turut mempunyai kening. Ia mempunyai otot dan tulang punggungnya seperti tulang pinggul bayi yang berumur antara satu hingga dua minggu.

"Walaupun sudah mati selama dua hari, bangkainya tidak keras atau berbau," jelasnya.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli