Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Disahkan Terkena ''Bell Palsy'' Hingga Muka Senget Sebelah, Peringatan Buat Ibu Bapa Jangan Kerap Korek Telinga Anak Terutamanya Waktu Demam

Ditulis oleh Sha Rossa, 20 Mac 2018
3 ulasan

Kanak-kanak kecil terutamanya mempunyai antibodi yang lemah dan mudah diserang oleh virus.  Oleh itu, ibu bapa harus memberikan pemerhatian yang rapi sekiranya anak anda mengalami tanda seperti demam kerana bimbang boleh membawa kepada penyakit lain.

Seperti kes ini, baru berusia 2 tahun 6 bulan tapi sudah diuji dengan penyakit ''bell palsy'' iaitu kelumpuhan otot sekitar sebelah muka. Punca awal hanya mengalami demam. Tapi ada sesuatu yang tidak kena apabila mulut kanak-kanak itu menjadi senget.

Apabila dibawa untuk rawatan, doktor mengesahkan terkena bell palsy dan puncanya disebabkan korek telinga. Tak sangka, perbuatan sebegini pun boleh membawa kepada peyakit yang serius, jadi ibu-bapa berhati-hatilah.

Untuk lebih jelas, jom kita ikuti perkongsian oleh Maizatul Amira yang juga merupakan ibu saudara kepada kanak-kanak ini. Diharap kisah ini dapat dijadikan panduan dan pengjaran kepada ibu bapa di luar sana. Semoga bermanfaat.

Assalamualaikum. Ramai yg pm Mai pasal anak saudara Mai yg sakit # bellpalsy haritu. Jadi, saya minta izin mama dia untuk berkongsi tala penyakit Lala untuk berkongsi dengan saya.

Seminggu sebelum Lala sakit dia demam dlm dua hari. Kemudian kita bg ubat demam je sbb mmg selalu ganti kt umah lagipun klinik jauh. Jarang bawa pergi gov klinik sbb malas nk tunggu. Jadi kita bagi je ubat beli kat klinik swasta tanpa cek demam dia tu sebab apa. (Sepatutnya kena cek) Lepas die makan ubat tu sihat. Main mcm biasa dengan Annur.


30.1.2018
Malam tu dia selalu gosok2 mata dia. Mata dia berair mcm. Saya yang jaga dia masa tu. Sy basuh muka dia dgn air bersih takut kena habuk atau apa2. Tp masih gosok mata. Tak lama lepastu dia main dengan Annur die gelak2 kitorang tengok mulut die senget. Dan dia selalu pegang bibir dia. Kitorang ingat dia saje buat mulut senget. Siap buat lawak lagi ikut die buat mulut senget. (Tak lawak ok) dia memang sakit. Maaf Lala.


31.1.2018
Pagi mati bangun tidur nangis2 mcm tak selesa. Selalunya dia bangun tidur diam je .. baring kdang2 nyanyi lagu .. mak sy dukung Lala tanya dia nak..semua die tak nak and die nangis2 makin kuat. Masa tu nmpk mulut die bertambah senget dr mlm td .. bila nangis mata dia tak tertutup dua2 belah mata. Abah dh bising suh siap2 pegi klinik sekarang. Masa diorang g klinik sy takde. Diorg pergi klinik kat segamat (klinik utama) doc tu terkejut die ckp tidak pernah mengendalikan kes mcm ni. Jadi mati buat surat merujuk kecemasan hp segamat. Kemudian MA cek dia ckp gusi bengkak. Die bg antibiotik ubat. Kene mkn smpai habis.


1.2.2018
Kitorang macam tak puas hati MA tu ckp gusi bengkak. Kemudian mama Lala cari klinik swasta yang ada pakar kanak2. Diorang pergi klinik mesra dkt jalan genuang. Doc Cina cek. Doc cek suhu badan, telinga n tekak. Dia ckp mmg sakit bell palsy dlm bhsa melayu sakit saraf ke 7. Doc ckp punca sakit Lala ni sbb korek telinga mungkin terkena urat telinga .. apa yg doc ckp tu mcm betul sbm sblm sakit tu mmg ada korek telinga dia. Jadi mungkin telinga dia bernanah n kuman dtg n mkn saraf muka sbb tu saraf muka mati n muka jd senget sebelah. Doc bg 3 jenis ubat. Seteroid and lagi dua tak ingat. Doc cina tu bagi masa 4 hari untuk mengikuti semula.

5.2.2018
4 hari lepas tu cek balik kt doc klinik mesra cek semula dia kata takde perubahan. Masa tu rasa sedih sgt. Doc suruh berhenti ubat n rujuk hkl. Tp kitorang tengok mcm dh kurang sikit mulut Lala senget lpas mkn ubat tu. Utk keselamatan ikut ckp doc pergi hkl mlm tu jugak.

6.2.2018
Pagi2 lg pergi hkl. Bhgian kecemasan and MA tu ckp sakit gusi. Dia bg antibiotik. And surat merujuk bahagian paed. Tp tak sempat masuk sbb dan tutup awal. Jadi teruskan esok.

7.2.2018

pergi hkl bhgian paed. Dtg awal klu nk balik awal. Jadi diorang dtg kul 7 pg tu pun dpt no 4. Ade yg lg awal dr diorg haha ​​.. jadi cek dgn pakar kanak2 .. doc tu ckp mmg sakit bell palsy. N dia tanya kenapa berhenti ubat yg klinik swasta bg tu .. kitorg ckp doc swasta takut sakit lain klu terus ubat tu. Doc hkl ckp bell palsy mmg selalu jadi lepas budak2 demam. Masa tu virus senang merebak. Lala jenis antibodi lemah n cepat sgt demam .. jadi doc bg antiniotic n steroid tablet jenis. (Fikir mcm mana nk bg pil kt lala) sini makan dlm msa dua minggu. 13.3.2018 susulan untuk perubahan.

Malam tu mula makan ubat pil. Sebiji pil kecik mcm taik idung tp pahit sgt2. Campur di dalam air gula, sup tetap terasa pahit die .. yg tua pun x boleh telan inikan pula anak kecik .. mlm tu mmg tak dpt mkn ubat pil tu .. lala mkn antibiotik je. Huhu


8.2.2018
Mama cari ubat yg sama mcm klinik mesra bg kt klinik kawan dia. Alhamdulillah ada yg sama mcm tu. Lala boleh mkn dgn baik .. dia nangis xnk sbb pahit tp x sepahit pil tu..haha sian lala. Dgr die nangis merayu2 xnk mkn ubat kesian sgt. Hakak mmg jauh dari sini.

Ubat klinik mesra. Yang nie yg paling penting kene makan

22.2.2018
Ubat dah habis. Kitorang nmpk bnyk perubahan kt mulut lala. Mata pun dh berkelip sekata. Ckp pun tak senget2 mulut. Alhamdulillah.

13.3.2018

Semak dokumen. Alhamdulillah Lala dah sihat sepenuhnya x perlu dtg hospital dah. Masa tu rasa bersyukur sgt .. dan semoga takkan dtg hospital dah smpai bila2 ..


Moral: jgn terlalu obses nk korek telinga anak .. nanti tahi tu keluar sendiri..bersihkan yg terkeluar tu je..bahaya utk kanak2..diorang xtau nak menjelaskan sakit mcm mana. Jadi berhati-hatilah, ok!

Moral: klu demam terus pegi cek jgn tangguh. Jgn suap ubat sesuka hati. Kita xtau sakit dlm badan dia.

Tq kawan2 yg doakan lala. Allah melancarkan doa kita. Kawan2 mai dr bff, jururawat yang kje, ahli farmasi, tqsm sbb beri tunjuk ajar cmne nk bg ubat kt lala .. tq tau ..

Sape nak share boleh share..ingatn utk kita semua.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Yuk teman-teman Pecinta Bola Dukung Team Jagoan Kalian di www(dot)updatebetting(dot)com

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli