Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Daripada Asyik Menjerit Dan Memarahi, Ajar Anak Anda Teknik Bijak Ini Untuk Mengemas Selepas Bermain

Ditulis oleh farra vy, 2 Mac 2018

Pastinya setiap ibu bapa mengalami pengalaman yang berbeza dalam mengasuh dan mendidik anak-anak untuk lebih berdisplin.  Apatah lagi setiap kali menyuruh mereka mengemas kembali bilik atau ruangan bermain mereka yang bersepah dengan longgokan mainan.

Selama ini mungkin kita hanya menjerit, memarahi dan kemudian mengarah mereka untuk mengemas walhal tidak pernah sekali pun kita mengajar mereka bagaimana caranya mengemas dengan baik. 

Mereka masih kecil dan memerlukan latihan untuk membiasakan dengan tabiat yang biasa dilakukan.  Ajar anak anda dengan mengikuti 5 langkah ini agar mereka tahu apa yang perlu dilakukan dahulu dan menerangkan akibat yang bakal berlaku jika mainan mereka bersepah dimerata-rata tempat.

Sekali mereka melakukan, pasti mereka akan terbiasa dan menjadikannya salah satu 'habit'.  Secara tidak langsung, ia dapat membantu kita juga sebagai ibu bapa.  Mari kita ajar cara efektif untuk anak-anak mengemas dan membersihkan ruangan yang telah bersepah tanpa jeritan dan arahan.

Langkah Pertama: Mengemas Katil dan Tilam

Dalam langkah pertama ini, kita perlu bermula dengan satu tempat dahulu.

Bermulalah dengan mengemaskan kawasan tempat tidur, iaitu katil dan tilam. Barang-barang lain selain dari dari bantal dan selimut kita tolak atau pindahkan semuanya ke lantai.

Lipat selimut dan susunkan balik bantal serta anak-anak patung teddy bear. Cadar diperbetulkan dan tukar jika perlu.



Langkah Kedua: Mengutip dalam masa 5-Minit

Sediakan raga pakaian, bekas plastik dan bakul sampah dalam bilik anak-anak.

Cuba ajarkan kepada anak-anak supaya dapat membezakan setiap jenis barang dan longgokkan ke dalam bekas mengikut jenis masing-masing.

Mulakan dengan barangan berkaitan dan barang yang bersaiz besar dulu. Selepas itu barangan yang lebih kecil.

Biasanya perkara ini boleh dibuat dalam masa 5 minit. Mungkin pada pertama kalinya anak-anak akan mengambil masa yang lebih, tetapi insyaAllah pada sesi-sesi seterusnya mereka akan dapat menyelesaikan tugasan dengan lebih cepat.

Setelah semua barang-barang ini selesai dikumpul, sepatutnya tiada apa-apa lagi yang tinggal diatas lantai (Ini adalah waktu yang sesuai untuk mengutip dan menyingkirkan sampah-sampah yang kecil yang tak kelihatan selama ini)



Langkah ketiga: Simpan Kembali Barangan Ke Tempat Sepatutnya

Mulakan dengan satu bakul longgokan dahulu (biasanya dimulakan dengan pakaian), dan simpan barangan lain ke tempat asalnya.

Jika anak anda tidak tahu cara menyangkut pakaian dengan betul, ini adalah masa bagus untuk mengajarkan mereka berbuat demikian.

Setelah selesai satu longgokan, selesaikan longgokan seterusnya sehinggalah bilik kembali kemas.

Kadang-kadang kita perlu memantau dimana anak menyimpan barang-barang ini supaya tidak berlaku masalah dikemudian hari.



Perkara-perkara lain yang perlu diberi perhatian

1. Hadkan jumlah barangan di bilik anak

Kanak-kanak sebenarnya tidak memerlukan banyak barang.

Apabila mereka mempunyai terlalu banyak barang seperti barang mainan contohnya, mereka akan mengalami kesukaran untuk bermain dengan apa-apa pun nanti.

Ia akan membataskan kreativiti dan meninggalkan ruang yang sedikit untuk imaginasi.

Jika anda pernah mengemas bilik yang penuh dengan barang permainan, perabut dan pakaian, pasti anda akan tahu betapa sukarnya ia.

Jika kita pun berasa sukar, apatah lagi bagi anak-anak kita yang masih kecil kan?

Tetapi oleh kerana kanak-kanak adalah seperti magnet kepada barang mainan, ia adalah penting untuk kita ‘membersihkan’ ia setiap masa.



2. Buatkan perkara mudah untuk disimpan


Jika anak perlu bersusah-susah menyimpan buku di dalam rak buku yang padat, bagaimana anda boleh harapkan buku akan selalu di letakkan di tempat asalnya?

Apa yang anda rasa jika anak kecil perlu memanjat diatas kerusi untuk buka bahagian atas almari untuk menyimpan atau menukar mainan?

Cubalah untuk menyingkirkan halangan sebanyak yang boleh; jadikan kotak simpan permainan dapat dicapai seboleh mungkin, singkirkan item yang tidak digunakan supaya bilik tidak sesak nanti.

3. Gunakan bekas container dan drawer plastik yang kecil dan lutsinar.


Bekas seperti ini adalah sangat bagus untuk menyimpan permainan kanak-kanak yang kecil-kecil dan menjimatkan ruangan bilik.

Bekas yang lutsinar akan membantu anak melihat apa dalam bekas itu dan apa yang patut disimpan kemudiannya. Tambahkan label diluar bekas itu dan ia siap digunakan.

Kelebihan menggunakan drawer plastik lutsinar adalah kita boleh menarik keluar sepenuhnya untuk di letakkan diatas lantai. Apabila ingin mengemas bilik, anak-anak boleh meletakkan alat mainan di dalam bekas tersebut, seterusnya hanya slide masuk ke tempat asal drawer itu.

Ini adalah bekas kegemaran saya di rumah.

4. Tetapkan rutin mengemas bilik setiap hari.

Tetapkan masa tertentu dalam satu hari untuk anak-anak mengemas bilik.

Pastikan masa tersebut anak anda mempunyai tenaga. Jika anda menunggu sehingga waktu sebelum tidur, itu selalunya sudah terlalu lewat.

Jadikan ini satu keutamaan. Mengemaskan bilik 5 minit setiap hari akan memastikan keadaan bilik sentiasa terkawal.



Tentukan masa khas untuk pembersihan penuh bilik untuk membuang habuk dan kotoran, contohnya hujung minggu.

Pastikan anak anda patuh pada rutin ini. Kita ingin mendidik anak yang berdisiplin dan mementingkan kebersihan serta kekemasan.

Tetapkan peraturan dan akibatnya. Contohnya, jika bilik tidak kemas, mereka tidak dibenarkan untuk keluar bermain atau menonton tv.

Penutup: Jangan mengharapkan kesempurnaan

Walaupun anak kita seorang yang cepat belajar dan boleh melakukan kerja dengan bagus, kita sepatutnya kerja mereka sempurna. Mereka masih kecil dan sentiasa perlu dipantau.

Tetapi janganlah lupa pula untuk memberi mereka pujian atas kerja yang mereka buat. Terangkan kepada mereka pentingnya kekemasan dan kebersihan, serta betapa Islam menitikberatkan ini dalam kehidupan seharian kita.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "