Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Bila Imam Baca Doa Makan Lepas Solat, Kita Gelak Ingat Dia Salah, Tapi Sebenarnya Kita Yang Jahil," Ini Maksud Doa Makan Ramai Tak Tahu

Ditulis oleh farra vy, 6 Mac 2018

Masih ramai diantara kita yang belum faham pengertian doa yang sebenarnya boleh dibaca pada bila-bila masa saja, dimana jua  seperti didalam solat, sesudah solat bahkan setiap perlakuan kita boleh dimulakan dan disudahi dengan doa.

Setiap bait doa itu insyaAllah akan dikabulkan oleh Allah SWT, oleh kerana itulah jika kita punya hajat apa pun yang baik, maka segeralah meminta pada Allah SWT dengan ikhlas sambil diiringi rasa rendah diri.

Justeru kita juga harus memahami maksud doa itu agar khusyuk dan ikhlas itu sampai serta meletakkan diri kita serendah-rendahnya.  Perkongsian Alhusna Asma melalui laman Twitter miliknya menarik perhatian kami untuk berkongsi.  Topik yang dibincangkan adalah penggunaan doa makan yang digunakan selepas solat.

Mungkin ramai merasakan ianya agak lucu atau tidak masuk akal baca doa makan ketika solat, namun sebenarnya jika kita memahami maksud doa makan itu, ia boleh dibaca ketika dalam apa jua situasi pun.  Mari ikuti perkongsiannya dan memahami pengertian serta penggunaan doa dalam situasi yang berlainan.






Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "