Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bangkai Pesawat Kemungkinan Milik MH370 Ditemui? Pakar Dakwa Pesawat Ada Kesan Peluru

Ditulis oleh Aisha Ratnila, 19 Mac 2018
4 ulasan

CANBERRA- AUSTRALIA. Sebuah pesawat yang didakwa MH370 dalam keadaan berlubang ditembusi peluru dilaporkan telah ditemukan menerusi imej yang diperoleh daripada aplikasi Google Earth.

Gambar tersebut memaparkan pesawat milik Mas yang dilaporkan hilang bersama 239 penumpang yang lain  berada di  bawah permukaan air di utara Mauritius.

Pakar penyiasat nahas pesawat dari Australia, Peter McMahon, 64, mendakwa beliau telah menghabiskan masa selama beberapa tahun mengkaji imej Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) dan Google Maps sejak pesawat itu dilaporkan hilang di Lautan Hindi pada 2014.

Jelasnya, beliau yakin bahawa pesawat tersebut berada pada jarak 16 kilometer di selatan pulau kecil, Round Island yang mana ia tidak termasuk dalam kawasan lingkungan carian sebelum ini.



Difahamkan, beliau juga telah mengemukakan laporan penemuan itu kepada Biro Pengangkutan dan Keselamatan Australia.

Pihak berkuasa terbabit bagaimanapun memberitahu mereka dimaklumkan oleh pegawai Amerika Syarikat agar kekal berada di kawasan lingkungan carian ditetapkan di Lautan Hindi.

"Adakah ini adalah bahagian kabin hadapan pesawat MH370 di perairan selatan Pulau Rodrigues? Seramai empat wakil dari Washington telah dihantar ke Canberra untuk mengawasi penemuan tersebut.

"Mereka mahu memastikan segala maklumat yang diterima tidak didedahkan kepada umum dan kerajaan. Tetapi kenapa?" ujar jurutera mekanikal itu yang dipetik dari laporan Daily Star Online.

Jelasnya lagi, pihak berkuasa tidak mahu pesawat dipenuhi kesan berlubang seperti ditembusi peluru itu akan membawa kepada siasatan baharu.

Berdasarkan laporan itu, selain bahagian utama pesawat tersebut, McMahon juga telah menemui bahagian hadapan kabin di perairan selatan Pulau Rodrigues yang juga terletak berhampiran Mauritius.

Awal tahun lalu, kerajaan Malaysia telah meluluskan syarikat AS, Ocean Infinity menghantar kapal carian untuk menjejaki MH370 di kawasan lingkungan lebih 9,000 meter persegi di perairan Australia.

Sehingga kini, lokasi tepat tidak pernah diketahui.

Pada 2015, beberapa bangkai pesawat didakwa telah ditemui pasukan sukarelawan ketika membersihkan pantai di St Andre, Reunion.

Dua tahun kemudian, imej satelit dikeluarkan Australia menunjukkan 12 objek terapung di kawasan dipercayai berhampiran lokasi nahas.

Sumber- The Sun
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Cari agen judi online aman dan terpercaya?
    Daftar disini aja www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam
  2. Mari bergabung dengan saya di www*dot*fansbetting*dot*com
    Proses cepat, aman dan terpercaya

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli