Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Aku Dah Dapat Kerja, Cuci Longkang Kawasan Kita Ni, Gaji RM800", Lelaki Sebak Kawan Gaji Ratus Ribu Dulu Sekarang Diuji Namun Tetap Sabar

Ditulis oleh farra vy, 2 Mac 2018
7 ulasan
Pepatah orang dulu, hidup tak selalu indah, langit tak selalu cerah.  Begitulah kehidupan ini walau tampak bewarna-warni namun satu masa nanti warnanya akan pudar.  Sama seperti kita, manusia yang menjalani hidup pasti akan ada pasang-surut dan jatuh-bangun dengan pelbagai masalah yang timbul.

Walau terlalu payah untuk bertahan apa lagi ditelan, namun itulah kuncinya.  Kenyataan itu pahit.  Namun kata orang tua, pahit itulah ubatnya.  Ujian tidak akan pernah berhenti mencari kita, jangan letakkan kesusahan atau kemiskinan itu sebagai ujian.  Letaklah kekayaan dan kemewahan itu sebagai ujian yang paling ngeri.

Perkongsian daripada Mohd Firdaus Mat Saad ini sedikit sebanyak membuka mata kita untuk sentiasa tabah dalam apa jua dugaan yang mendatang. Sentiasa bersangka baik dengan Allah swt, mohon diberikan kekuatan untuk mengharunginya dengan hati yang redha.

Hidup Tak Selalunya Indah

Ini sahabat saya, dulu bekerja sebagai seorang salesman di sebuah syarikat.

Jualan yang beliau hasilkan ratus ribu setiap bulan. Bab sales memang bagus.

Cuma, beliau ada satu masalah.

Terkena tipu dengan customer.

Customer tipu buat hutang sket sket, then bila dah accumulate ratus ribu, customer blah.



Dia dan manager dia dua dua orang 'dibuang' kerja atas kecuaian ini.

Ini cerita 3 tahun lepas.

Then dia cuba buat bisnes, tapi... Masalah yang sama berulang. Kena tipu lagi. Kali ini dengan customer lain pulak.

Customer ambil barang tapi tak bayar. End up, terpaksa bungkus.

Lepas itu, dia cuba bertahan hidup dengan buat bisnes kecil kecilan tapi tak boleh survive.

Sepanjang tempoh ini, banyak kali juga dia kesempitan wang.

Bila berjumpa saya, saya memang tak bagi pinjam duit. Sebab saya tahu kalau pinjam pun, bukan dia mampu nak bayar nanti.

So, saya bagi zakat sahaja kat dia untuk dia belanja makan anak anak dia 4 orang.

Baru baru ni, dia datang ke rumah saya. Minta kerja. Saya cakap lah, kerja yang saya ada di Changlun. Jauh pulak katanya. Nak uruskan anaknya susah. Isteri suri rumah, tak bekerja.

So, memang bergantung harap dengan pendapatan dia sajalah.

Bila saya jumpa, saya bagi la apa yang sy boleh bagi.



Kesian ooo... Tengok kawan yang sama sama dengan kita dulu, satu ketika dulu bergaji RM4-5k sebulan, tetiba Allah uji macam ni.

Semalam dia datang jumpa saya lagi, dengan suara rendah.

"Sekarang aku dah dapat kerja. Kerja dengan sorang kontraktor ni, kerja cuci longkang kawasan kita ni. Gaji RM800 sebulan.... Sebulan kerja 26 hari."

Saya cakap, "What.... !!!"

"Kenapa sampai jadi macam nii?"

Dia cakaplah, "Firdaus, ini bukan soal malu. Ini bukan soal maruah. Ini bukan soal kotor. Ini soal hidup. Anak bini aku dah tak ada makan, aku terpaksa kerja. Kerja kotor pun aku kena buat. Mungkin Allah nak uji aku sekarang."

"Hang nampak aku susah. Hang tau tak, masa aku kerja cuci longkang. Ada 8 orang geng, cerita depa.. Aiyo. Lagi aku nak menangis. Bila tengok depa lagi susah, aku tak boleh nak cerita kesusahan aku. Sebab depa lagi susah. Kalau tak susah, orang tak mau kerja cuci longkang ni Firdaus"

Wowww... Dalam hati, ku terasa nak menangis.

Then dia cakap, "Firdaus, boleh bagi aku kerja buat apa apa, mesin rumput ke, buat ape ke... Asal ada kerja lah. Aku segan nak minta duit kat hang, aku nak minta kerja apa hang boleh tolong aku."

Then saya cakap, "Oklah, mesin rumput rumah aku."

Padahal rumput baru ajer mesin dua minggu lepas. Tak per lah, tolong aja lah.



Then dia cakap, "Boleh tak hang tolong advance duit kat aku dulu. Aku nak beli beras dan barang dapur rumah aku ni. Duit dah tak ada."

Nak menitik air mata saya.

Saya bagi duit advance dulu kat dia.

Dan hari ini, seorang yang dulu kawan baik saya. Yang gaji besar, hang hidup boleh la dikatakan selesa untuk level hidup di kampung. Hari ini dia datang mesin rumput di rumah saya.

Pukul berapa dia datang?

Jam 11:00 pagi. Ketika matahari dah panas. Tapi dia tekun memulakan kerja.

Saya tanya, kenapa datang lambat?

"Pagi tadi hantar barang kat customer sikit.... Hari ni tak kerja, bos bagi cuti."

Huhu... Saya sangat sangat bersimpati. Apalah nak kita buat dengan RM800 sebulan.

Nauzubillah kalau Allah uji macam ni. Boleh jammm ooo.

Tak tahu iman jadi macam mana.

Tapi... sahabat saya tetap bersabar.



"Bukan aku tak cuba cari kerja yang bagus sikit, tapi aku tak jumpa kerja yang boleh bagi gaji lebih sikit. Dah yang ini aku jumpa. aku kerja lah dulu sebulan dua ni."

In case, ada di antara anda yang baca kisah ini, yang terasa nak bantu sahabat saya ini dengan memberi sedikit sumbangan sedekah atau zakat.

Boleh tulis Nak Sumbang di ruangan komen bawah.

Nanti saya PM no akaun dia. Saya tak minta lagi no akaun kat dia.

Anda boleh pm sy personally pun. Nanti saya minta no akaun dia.

Mungkin kita boleh sumbang seringgit dua. Insya Allah, sikit kita sumbang, ringan beban dia.

Mungkin RM10 kecil buat kita, tapi untuk masa sekarang. Duit RM10 pun tersangat besar nilainya buat dia.

So, kita bantu dia. Mudah mudahan Allah tak uji kita macam Alllah uji dia.

Dalam berbisnes, Allah pernah uji saya juga. Saya pernah ada hanya RM50 sahaja duit dalam poket. Saya menangis waktu tu. Sebab saya pernah susah, saya tahu apa yang dia rasa waktu ini.

Pengajaran :

i. Ketika kita senang, berhati hati lah dengan kewangan kita. Belanja sebaik mungkin. Jangan terlalu boros. Ni pesan untuk diri saya. Sebab saya pun banyak gak velanja duit.

ii. Bila berniaga, elakkan bagi banyak sangat hutang kat customer. Cuba cash. Biar untung sket, tapi CASH.

iii. Bila ada kawan susah, kita bantu. Masa bantu tu, kita doakan, agar Allah tak uji kita macam tu.

iv. Doakan sahabat kita ini. Semoga Allah beri kelapangan kat dia.

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 7 ulasan )
  1. Allah hu rabbi
    ...mcm mana nak cntact dia ya..

    BalasPadam
  2. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  3. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "