Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Rebah Di Cyber Cafe, Lelaki Disahkan Lumpuh Separuh Badan Selepas Asyik Bermain Game Selama 20 Jam

Ditulis oleh Aisha Ratnila, 13 Feb 2018
No Comment

Seorang lelaki di China mengalami lumpuh separuh badan selepas bermain game di siber kafe selama 20 jam tanpa henti dan terpaksa dihantar ke hospital oleh pasukan paramedik.

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu dikatakan mulai menyedari keadaannya apabila dia mahu ke tandas tetapi bahagian bawah badannya tidak boleh bergerak.

Meskipun sedang dimasukkan ke dalam ambulans, lelaki itu dipercayai sempat merayu kepada kawan-kawannya untuk menyambung permainan tersebut bagi pihaknya.


Lelaki tersebut berada dibawah pemantauan pihak hospital.

Ketagihan terhadap permainan video game menjadi isu utama di China yang melibatkan golongan remaja hingga membuatkan mereka mengetepikan pelajaran dan kehidupan sosial.

Sumber- Chinese News Site QQ.com
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "