Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Helikopter Polis Berjaya Kesan Dan selamatkan 2 Warga Singapura Yang Sesat Di Gunung Pulai


8 Feb - Dua rakyat Singapura yang dilaporkan hilang baru-baru ini telah ditemui pada pagi 8 Februari, pagi tadi, lapor Polis Johor

Pasukan mencari dan menyelamat telah mengerahkan sebuah helikopter untuk mencari dari udara sejak mereka dilaporkan hilang dan menggunakan anjing-anjing pengesan serta sebuah bot untuk mencari mereka di sekitar kawasan gunung berkenaan.

Seramai 50 orang anggota telah diarahkan menjalankan operasi pencarian tersebut. Anggota itu termasuk pihak polis, renjer hutan dan anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.


Dua orang mangsa yang telah ditemui itu ialah Dominick Tan Chang Xiang dan Clarice yang kedua-duanya berusia 27 tahun dan warganegara Singapura yang pada mulanya hanya melakukan aktiviti memanjat Gunung Pulai sebelum dilaporkan hilang.

Sekitar jam 11.20 pagi waktu Malaysia, pihak polis Johor telah mengesahkan bahawa kedua-dua rakyat Singapura itu telah dikesan melalui helikopter di Ulu Choh, Pontian yang berdekatan sebuah tasik.

Pihak polis juga menyatakan bahawa, kedua-dua mangsa mengalami cedera ringan dan akan dibawa ke Hospital Pontian untuk rawatan lanjut.






Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli