Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Buat Pelancaran Tudung Di Sebuah Kelab Malam, Neelofa Tak Kisah Dikecam Netizen

Ditulis oleh seventeen century, 27 Feb 2018

27 Feb - Pengacara dan pelakon terkenal, Neelofa telah melancarkan keluaran terbaru tudung jenama beliau Naelofar Hijab dan sambutan ulang tahun kelahirannya di sebuah kelab hiburan malam tadi.

Namun, pelancaran tudung itu menjadi sedekit kontroversi apabila menerima kecaman dari netizen kerana dikatakan lokasi pelancaran itu tidak sesuai dengan tujuan pelancaran tudung untuk wanita muslimah.

Memetik laporan BH Online, Neelofa tidak peduli kritikan netizen mengenai pemilihan lokasi pelancaran koleksi tudung tersebut dan beliau juga mengatakan kelab itu dipilih kerana sesuai dengan tema dan bajet acara yang dianjurkannya.


"Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan.


"Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema.



"Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang," kata Neelofa kepada BH Online.


Neelofa yang ditemui pada majlis pelancaran koleksi hijab terbarunya, Be Lofa di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak, semalam.

Tidak endah dikecam teruk di media sosial selepas video pelancarannya itu tular, Neelofa bersyukur segala dirancang berjalan dengan lancar dengan kehadiran sahabat handai, keluarga dan media.








Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "